Setiap acara perlumbaan di dalam litar pasti ada kereta keselamatan atau lebih dikenali sebagai safety car untuk mengawal kelajuan dan keselamatan kereta-kereta lumba di litar semasa berlaku insiden.
Dalam satu acara lumba kereta di Afrika Selatan, Southern African Endurance Series (SAES) dan Proton South Africa menjalin kerjasama untuk menjadikan SUV Proton X50 sebagai kereta keselamatan rasmi.
Baca Juga:
- ‘Industri Automotif Tempatan Terjejas’ – Orang Penting PROTON Dedah Kesan Perang Harga Jenama China
- Jualan Model EV Proton Lebih Banyak Daripada Tesla
- Netizen Puji Proton S70 ‘Sedan Kebal’, Pemandu Cedera Ringan Walau Tiang Papan Tanda Tumbang Dilanggar
Sementara model X90 hibrid pula untuk tugasan sokongan seperti pemeriksaan litar dan pengangkutan peralatan.


Pada masa sama pengeluar kenderaan komersial ringan dari China, Foton, turut menyediakan kenderaan bagi tujuan recovery car.
Memetik portal Sowetan Live, kedua-dua jenama itu akan menyediakan kenderaan untuk membawa tetamu VIP dari pintu masuk utama ke ruang VIP di bangunan pit, serta bagi memastikan kelancaran logistik sepanjang acara berlangsung.
SAES ialah sebuah kejohanan sukan permotoran terkemuka di rantau Afrika Selatan yang memberi tumpuan kepada perlumbaan ketahanan (endurance racing).
SAES dan Proton South Africa jalin kerjasama jangka panjang

Ditubuhkan pada tahun 2021, SAES menganjurkan Kejohanan Kebangsaan Ketahanan SA (SA Endurance National Championship) dan Kejohanan Kebangsaan SA GT (SA GT National Championship), menjadikannya antara tonggak utama dalam dunia perlumbaan di rantau tersebut.
Acara SAES diadakan di litar terkenal seperti Litar Grand Prix Kyalami, dengan perlumbaan seperti Nine Hours of Kyalami menjadi tarikan utama dalam siri tersebut.
“Kereta keselamatan sangat penting untuk memastikan perlumbaan endurance berlangsung dengan selamat.
“Memiliki kereta bergaya dan berkuasa seperti Proton X50 dalam siri kami memberikan elemen baru yang menarik. Foton Tunland double-cab pula mampu menarik keluar mana-mana pelumba yang tersadai dalam perangkap kerikil paling dalam sekalipun.
“Hubungan ini ditetapkan sehingga akhir tahun 2025, tetapi saya sangat yakin ia akan disambung menjadi perjanjian jangka panjang sebelum kita kembali ke perlumbaan Nine-Hour tahun hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SAES, Wayne Riddell.