Hari ini merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia di mana mereka yang layak mengundi berpeluang membuang undi dalam memilih pemimpin untuk memacu negara Malaysia.
Di sebalik proses pengundian yang berjalan lancar di sejumlah besar lokasi, lokasi pengundian di sebuah tempat di Setiawangsa menjadi kecoh apabila seorang wanita dilaporkan tidak mahu beredar dari pusat pengundian sebagai tanda protes.
Baca Juga:
- PRU15: ‘Flex’ Gambar Jari Berdakwat, Ini Trend Rakyat Malaysia Paling Popular Selepas Mengundi
- PRU15: Demi Jalankan Tanggungjawab, Pengundi Di Sarawak Sanggup Redah Banjir Untuk Mengundi
- PRU15: Selamba Muat Naik Rakaman Ketika Mengundi, Tindakan Individu Ini Undang Kecaman Netizen
Difahamkan beliau memilih untuk melakukan protes berikutan pihak Pondok SPR SK Setiawangsa tidak membenarkan beliau membuang undi pada hari ini kerana sudah didaftarkan sebagai pengundi pos.
RO came and explained their tasks and procedures. Showed me 'my' Malaysian address and phone numbers they used to send the ballot. 1) They said they got the info from embassy. Me "Australia takde embassy ye". 2) How can you automatically register me as a postal voter…
— Aisha Ocasionalmente Corta AOC (@aisha_adam) November 19, 2022
Menurut wanita bernama Aisha Adam, beliau memaklumkan terdapat pihak yang menggunakan maklumat beliau melibatkan alamat dan nombor telefon untuk didaftarkan sebagai pengundi pos sejak 2015.
“Macam mana SOP SPR orang senang-senang register saya sebagai postal voter,” luah Aisha.
Aisha Adam turut memaklumkan beliau sendiri tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pengundi pos sewaktu belajar di Australia. Beliau juga memaklumkan sedia membuat laporan polis kelak.
Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Aisha Adam mengunudi sebaliknya beliau sudah dua kali mengundi di tempat yang sama iaitu Setiawangsa.