PU Azhar Hilmi meluahkan rasa kecewa apabila tular video seorang lelaki dimarahi wanita ketika berada di dalam surau.
Menerusi hantaran Facebook, lelaki itu merupakan bapanya yang sedang beriktikaf sambil menunggu masuk waktu Dhuha.
Baca Juga:
- Netizen Cadang Surau, Masjid Sediakan Ruang Parkir ‘Terawih 8’ & ‘Terawih 20’
- ‘Good Boss’ – Netizen Puji Christy Ng Bina Surau Selesa Untuk Pekerja
- IOI City Mall Cari Imam Surau Sepenuh Masa
“Seawal pagi, abah ke surau untuk solat Subuh. Lepas solat, macam biasa. Abah akan duduk sekejap, baca al-Quran sambil tunggu waktu Dhuha. Selesai solat sunat Dhuha, baru dia akan gerak balik.
“Tapi pagi itu, datang seorang wanita dipercayai dari pengurusan dan terus halau abah keluar dari surau.
“Dan lebih menyakitkan, dia siap rakam video abah secara terbuka seolah-olah abah ni buat salah besar. Tak ada adab. Tak ada ihsan. Tak ada rasa hormat.
“Rasa geram dan sakit hati bila tengok video tu,” kata PU Azhar.
Beliau mempersoalkan adab dan ihsan wanita tersebut serta menekankan bahawa bapanya hanya beribadah tanpa mengganggu sesiapa, dan tindakan menghalau jemaah dari rumah Allah adalah tidak wajar.
“Kalau beginilah layanan kita terhadap orang tua yang datang ke rumah Allah, apa yang tinggal pada kita sebagai masyarakat?
“Kita jaga surau, ya. Tapi jangan sampai kita jaga bangunan, tapi lupa jaga adab.
“Kita boleh halau orang dari surau.
“Tapi kita tak boleh halau doa dan keluhan mereka dari langit,” luahnya lagi.