Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat insiden melibatkan laluan tol semakin menjadi-jadi. Malah, terdapat motosikal yang sanggup ‘mencuba nasib’ melalui laluan tol kereta.

Terbaharu, insiden di laluan tol sekali lagi menjadi perhatian apabila terdapat sebuah kereta yang seolah sudah bersedia untuk ikut rapat belakang kereta pengguna tol dalam usaha mendapatkan tol percuma menerusi laluan RFID.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu menerusi perkongsian TikTok @fizazzul, usaha kereta tersebut dihalang menerusi kecerdikan pemandu ini yang berusaha memastikan kereta di belakang tidak berpeluang mendapatkan tol percuma.

@

♬ –

Menurut individu yang berkongsi video tersebut, kereta yang cuba mendapatkan tol percuma sudah bersedia pada laluan tepi memandangkan keadaan trafik pada ketika itu tidak sibuk. Mereka akan cuba sedaya untuk ikut rapat kereta yang melalui laluan RFID dalam membolehkan mereka ‘jimat’ membayar tol.

Walau bagaimanapun, usaha mereka dipatahkan apabila pemandu ini bijak mengambil peluang memaklumkan kepada pihak yang bertugas serta menantikan sekiranya kereta belakang membuat sebarang tindakan.

Usaha pemandu ini menjadi apabila kereta belakang dilihat membuka pintu sekaligus membuatkan mereka terus memecut kereta serta memaksa kereta belakang terpaksa membayar tol.

Situasi yang dikongsikan telah membuatkan rata-rata netizen puas melihat kumpulan kereta yang culas membayar tol ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap insiden yang dikongsikan.

Sumber: TikTok @fizazzul
Sumber: TikTok @fizazzul

Selain itu, tidak kurang juga yang turut risau nasib pemandu jika kereta tersebut cuba membalas dendam atau ligan semula. Berdasarkan perkongsian, tidak diketahui sama ada kereta tersebut memilih untuk membayar tol atau undur semula dalam menantikan ‘mangsa’ terbaru.