Pelakon popular Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia pernah hampir ditipu seseorang yang menyamar sebagai Nadia Brian.

Di mana individu tersebut menghubunginya untuk menawarkan dia tawaran menjadi escort girl atau gadis peneman kepada seorang datuk.

Bayaran yang ditawarkan kepada Puteri Sarah adalah RM15,000. Oleh kerana dia tak sedap hati dengan mesej tersebut.

Dia menghubungi sendiri Nadia Brian untuk mendapatkan kepastian. Dan suara gadis penipu itu mirip kepada Nadia Brian. Itu yang membuatkan dia hampir terperdaya.

Dipetik daripada Beautifulnara, Puteri Sarah berkata: “Dia [wanita itu] ajak saya teman seorang lelaki minum kopi dikenali sebagai Datuk Shahrul dari Johor Bahru dengan bayaran RM15,000.

“Selepas mendapat kepastian daripada Nadia sendiri, Sarah kemudiannya memberitahu individu tersebut dirinya tidak berminat dan bukan jenis orang yang menerima kerja sebegitu [menjadi escort girl].”

Puteri Sarah agak bengang ketika ditawarkan kerja seperti itu dan dia berkata: “Saya terus cakap dekat dia yang saya tak buat β€˜kerja’ macam itu. Mentang-mentang saya janda, dia nak kenakan saya!”

Puteri Sarah seorang yang tidak suka keluar rumah jika di luar waktu kerja atau selepas penggambaran. Dia lebih selesa untuk meluangkan masanya bersama dengan anak anaknya.

Oleh kerana drama terbarunya dirakam di balai polis, Puteri Sarah terus membuat laporan polis tentang perkara itu.