Tindakan peniaga durian yang membuka baju untuk menunjukkan otot telah berjaya menjadi pelaris jualan.
Perkara itu diakui sendiri oleh peniaga bernama Muhamad Hairul Hafiz yang tak sangka video mereka tidak berbaju telah tular.
Ramai yang tertarik dengan badan sado Hairul Hafiz dan rakan rakannya.
Bercakap kepada mStar Hairul menyatakan bahawa mereka sebenarnya sentiasa memakai baju ketika menjual durian. Cuma tindakan pada hari tersebut adalah spontan.
Ada pelanggan yang bertanya, manakan lelaki lelaki yang membuka baju seperti dalam video yang tular. Dia menjawab bahawa mereka berniaga seperti orang lain, sentiasa memakai baju.
Oleh kerana video itu tular teruk, perniagaan durian Hairul Hafiz lagu ‘keras’. Mereka sekarang menjual durian mencecah 1.5 tan sehari yang membawa pulangan sekitar RM10,000 sehingga RM15,000.
Lantas Hairul Hafiz menganggap video yang tular tersebut telah membawa rezeki yang tidak disangka sangka. Kerana pelanggan mereka bukan sahaja dari kalangan warga tempatan, namun daripada kalangan pelancong asing pun ada.
@
Walaupun ianya sekadar marketing yang spontan, dan ianya menarik perhatian daripada golongan hawa yang ternyata tertarik dengan abang sado.
Ramai wanita yang mahu datang sendiri ke kedai durian tersebut. Ada yang menyatakan sebelum ini tengok video dari Thailand sahaja, ini sudah ada di Malaysia sendiri.
Ada juga yang datang mengambil gambar lelaki berotot di hadapan mereka.
Mereka menjual pelbagai jenis durian termasuk Duri Hitam, Musang King, IOI, Udang Merah dan banyak lagi. Dengan tawaran harga berbeza.
Hairul Hafiz menegaskan pelanggan boleh menikmati durian sama ada untuk dibawa pulang atau makan terus di kedainya – ada meja dan kerusi disediakan – dengan harga serendah RM9.
Sambil dia memberikan jaminan bahawa mereka hanya menjual buah yang elok. Jika ada kerosakan pelanggan boleh tukar dengan durian baharu kerana ada waranti diberikan.