Sejak akhir-akhir ini, cara-cara untuk viral seolah tidak ada had lagi. Bermula dengan video jenaka, berjoget sehingga tidak membuat apa-apa sudah mampu membuatkan sesebuah video itu tular dan ditonton oleh orang ramai.
Terbaharu, seorang lelaki tempatan di Facebook bernama AC Hami tampil dengan sebuah video dengan merakam dan berkongsi kepada orang ramai secara live stream aktiviti beliau tidur selama dua jam.
Lelaki ini juga turut berkongsi langkah-langkah untuk tidur dengan cara mengambil nafas dan menghembus nafas secara perlahan-lahan. Seterusnya kosongkan fikiran dan mulai bayangkan corak petak dan terus membayangkannya sehingga mulai mengantuk.
Siapa sangka, live stream beliau yang sedang tidur ditemani dengan lagu ini berjaya mengumpul lebih 60,000 tontonan dimana lebih 500 penonton menonton video ini secara live. Bukan itu sahaja, video ini juga turut menerima lebih 454 shares dan 2,000 komen. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai video lelaki ini tidur ini.
Sekiranya anda juga mahu ‘terhibur’ melihat lelaki ini tidur, anda boleh klik di sini untuk menontonnya. Apa yang pasti eksperimen yang dibuat oleh lelaki ini berjaya menarik perhatian orang ramai.
Kami yakin lelaki ini tidak mempunyai masalah untuk menginap hotel di Jepun ini. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju
Sempena ‘Hari Tidur Sedunia’, IKEA Tunai Hasrat Pelanggan Mahu Tidur Di Ruang Pameran