Lama ‘sepi’ daripada industri hiburan, nama kumpulan nasyid Raihan kembali menjadi buah mulut netizen pada minggu ini apabila bekas kumpulan Raihan, Nazrey Johari menceritakan sebab beliau keluar daripada kumpulan nasyid tersebut selepas 16 tahun.

Kumpulan Raihan pada minggu ini turut memperkenalkan laman TikTok rasmi mereka yang telah mendapat sambutan sangat. Hal ini turut didorong dengan trend TikTok pada ketika ini melibatkan seorang pengguna dari TikTok iaitu Intan Lembata yang popular dengan Begitu Syulit Lupakan Rehan.

Menerima jumlah permintaan yang tinggi daripada peminat serta berkongsi nama yang hampir sama, kumpulan Raihan baru-baru ini turut terjebak dengan trend terbaru TikTok yang memperlihatkan mereka berkumpul sambil melihat video yang tular tersebut.

@raihannasheedofficial

Raihan menonton Reyhan. Begitu syulit. #reyhan #begitusyulitlupakanrehan #raihan#garismasaraihan

♬ Begitu Sulit Lupakan Raihan – Audio Library

Bukan itu sahaja, kumpulan nasyid yang mencatat rekod jualan album tertinggi Malaysia sepanjang zaman ini turut bernasyid lagu Begitu Syulit Lupakan Rehan dalam versi mereka tersendiri yang sekaligus meraih perhatian peminat serta meraih 1.7 juta tontonan setakat artikel ditulis.

@raihannasheedofficial

Sulit sungguh lupakan Rehan. Lagi2 Rehan baik kan. #reyhan #begitusyulitlupakanrehan #raihan #garismasaraihan #rehan

♬ original sound – Raihan Nasheed Official – Raihan Nasheed Official

Berdasarkan respon daripada netizen, jelas masing-masing merindui kumpulan nasyid unggul ini. Malah, ramai tidak menyangka kesan tular gadis Intan Lembata tersebut telah mendorong Raihan untuk membuka akaun TikTok.

Sumber: TikTok @raihannasheedofficial
Sumber: TikTok @raihannasheedofficial

Tidak kurang juga yang merindui kelibat Raihan yang berdakwah dalam hiburan. Diharap kumpulan Raihan dapat kembali meneruskan jelajah nasyid sekaligus membolehkan kumpulan nasyid ini bangkit semula.

Terbaharu, kumpulan ini dilihat turut berkolaborasi bersama Naim Daniel dalam mengeluarkan lagu Ya Rasulullah.