Bukan mudah buat para guru dan pelajar untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran ‘norma baharu’ setelah wabak COVID-19 melanda negara sejak awal tahun lalu.
Namun ada seorang guru telah berkongsi ciapan di mana beliau telah menghadiahkan kereta kereta Hot Wheels kepada pelajarnya yang rajin hadir kelas PdPR dan menghantar projek yang ditugaskan kepadanya.
bagi motivasi sikit untuk pelajar yang selalu hadir kelas pdpr dan submit projek pic.twitter.com/VhKgvezmPV
— //hfdz (@mahumaju) August 21, 2021
Ciapan tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang kagum dengan guru ini yang cukup ‘cool’ meluangkan masa untuk memberikan hadiah kereta Hot Wheels kepada pelajarnya.
Pada masa yang sama, netizen turut memuji pelajar tingkatan 3 itu kerana menghantar mesej WhatsApp kepada gurunya dengan penuh sopan dan beradap, tanpa menggunakan ‘bahasa WeChat‘ seperti kebanyakkan pelajar lain yang seusianya.
A+ for him please! https://t.co/OQ6WwrLngW
— s (@saadiahhhh) August 21, 2021
HSHAHSHHAA macam teacher aku dia akan orderkan food panda setiap minggu untuk anak anak murid dia yang selalu hantar kerja dia https://t.co/Qk5N5eRfdV
— ijan (@mdhifzan_) August 21, 2021
comel je kau dik, semoga berjaya dunia dan akhirat 😊 https://t.co/4oQ4aXDAql
— Razi (@raziikhwannn) August 21, 2021
I like this kid’s hair. I like it!!! https://t.co/UxpOMoCmyD
— jai (@ahmadzhaireel) August 21, 2021
Kalau adik ni jaga elok elok rambut dia, smart ni.
— Shafiq (@MadiShafiq) August 21, 2021
Tidak kurang juga ada netizen yang menyukai gaya rambut pelajar itu dan berharap dia akan mengekalkan imej gaya rambut tersebut sehingga dewasa nanti.
Tahniah diucapkan kepada guru ini kerana menghargai segala usaha anak muridnya dan juga pelajar itu yang berjaya menyertai kelas serta menghantar tugasan projek yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh.
Seorang pemilik Honda Civic Type-R melompat kegembiraan setelah menerima model Hotwheels sama seperti keretanya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Video Tular Ini Buat Netizen Kongsi Kenangan Manis Bersama Hot Wheels
Bermula Dengan ‘Custom’ Hot Wheels, Remaja Ini Kini Buat Kereta Untuk Wak Doyok