Premis kedai sering kali berhadapan dengan masalah makhluk perosak, tikus yang boleh.
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok memuat naik satu rakaman video seekor tikus sedang memakan salah satu ayam mentah yang diletakkan secara terbuka di dalam sebuah kedai runcit.
Baca Juga:
- Temui Tikus Pada Kaunter, Warga Setempat ‘Puas’ Restoran Francais Popular Di Kota Kemuning Diarah Tutup
- Tikus Berkeliaran Di Kedai Makan Pavilion KL, Wanita Ini Kecewa Pekerja Abaikan Aduannya
- Saji Makanan ‘Perisa Najis Tikus’, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup
@fadhilahmad3031 aku lupa nak up video kene stanby dgn nitizen² puaka ni 😂😂 , sepatut aku kene rakam smpi owner kedai melingkup la br nitizen puas hati sedetail² nya kene bg tau … aku share br korg beringat , video ni pun dh 2,3minggu br aku teringat nak share .. masa aku rakam ada org lain dh bagi tau , ishhhhh mengkome niii kannn, lantak korg la nak kecam ke apa ke yg pntg beringat la membeli lauk basah terdedah ni risiko gini pasti ada tu je yg aku nak smpi kan , kalau aku pntg diri aku tak share g lantak korg laaa yg beli korg yg makan … #rattatouille #tikus #kedaiaceh #fyp #ikuttrend #xyzbca
Menurut wanita itu ayam mentah itu dibiarkan terdedah, bukan dimakan tikus sahaja bahkan dihurung oleh segerombolan lalat yang terbang hinggap pada ayam mentah tersebut.
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang berasa ‘kembang tekak’ melihat tikus itu menarik-narik kulit ayam mentah tersebut.
Orang ramai meluahkan rasa risau akan berlakunya penyebaran penyakit ‘kencing tikus’ disebabkan haiwan perosak tersebut melalui ayam mentah yang terdedah itu.




Netizen juga meminta orang ramai agar berhati-hati dan menyelidik kebersihan sesebuah kedai runcit terlebih dahulu sebelum membeli barangan.
Menurut pemilik video berkenaan, sudah ada orang lain memberitahu pihak kedai terdapat tikus pada ketika itu.
Beliau merakam video tersebut sebagai bukti dan kesedaran mengenai kebersihan kepada orang ramai.