Rakyat Greece bengang dengan tindakan kerajaan negara itu yang menawarkan perlindungan kepada Benjamin Netanyahu dan Isaac Herzog (Presiden Isrl) setelah Iran menyerang balas Is***l.

Sebelum ini wakil kerajaan Netanyahu menegaskan bahawa Netanhyahu bukan melarikan diri. Namun itu cuma plan B atau ‘just in case’ rumah dia dan keluarganya disasarkan oleh Iran.

Netanyahu didakwa telah membawa sekali keluarganya, setelah dia menyeru rakyat di Is***l agar mempertahankan negara mereka daripada serangan Iran.

Rakyat Greece bengang dan halau Netanyahu

Rakyat Greece tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan mereka. Dan mahu Netanyahu dan Herzog pulang semula ke Is***l selepas mereka mencetuskan ketegangan dengan menyerang Iran.

Rakyat Greece mengadakan tunjuk perasaan aman ke atas kerajaan. Mereka turut mengibarkan bendera Palestin bukti bahawa mereka tidak pernah menyokong polisi Netanyahu.

Rakyat Greece benar benar kecewa dengan pimpinan kerajaan mereka. Mereka juga mahu Netanyahu mempertahankan negaranya sendiri, jangan jadi bacul dengan melarikan diri.

Mereka mahu Netanyahu bertanggungjawab di atas kerosakan yang dia sendiri cetuskan. Di mana Iran baru baru ini bertindakbalas dengan serangan menggunakan balistik supersonik.

Iran
Serangan Iran ke atas Israel

Selain itu, rakyat Greece juga menyindir Netanyahu bahawa dia langsung tiada kaitan dengan negara itu, tiada dwikenegaraan dengan Greece sekalipun.

rakyat greece

Selama ini, Netanyahu dan Tel Aviv langsung tidak membantu Greece ketika mereka berdepan dengan masalah terutama sekali ekonomi negara tersebut yang teruk.

Apa yang lebih menyakitkan hati rakyat, kerajaan Greece malah menawarkan pakej layanan 5 bintang kepada Netanyahu yang dianggap oleh rakyat Greece sebagai penjenayah perang.

Beberapa bulan lalu, selepas setuju melakukan gencatan senjata di Gaza, Netanyahu terus menyuarakan hasratnya untuk melakukan operasi ketenteraan skala kecil di Iran.

Hasrat itu tidak disokong oleh sekutunya, terutama sekali Amerika Syarikat. Namun Netanyahu yang terkilan tiada siapa menyokong nekad untuk meneruskan rancangannya.

Kerana menurutnya, Iran sedang membangunkan nuklear yang bahaya kepada dunia terutama sekali kepada Is***l.

Netanyahu juga mengingatkan Amerika Syarikat agar bersedia menghantar bantuan, jika Iran bertindak balas dengan ganas.

Kena Serang Balik, Netanyahu Kecewa, Tuduh Iran Jahat Dan Mahu Rakyat Negara Itu Tolong IDF Lawan Kerajaan Rejim