Ribuan rakyat Indonesia di Jawa Barat mengunjungi sebuah gua yang dipercayai boleh dijadikan sebagai jalan pintas untuk berkunjung ke Mekah.
Menurut laporan, gua yang dimaksudkan ialah gua Safarwadi yang teletak di Pamijahan, Jawa Barat dimana jumlah pengunjung yang hadir kini berlipat kali ganda selepas viral di laman TikTok.
Baca Juga:
- Indonesia Layak Ke Piala Dunia B-17
- ‘Macam Kenal Je!’- Pelancong Barat Terkejut Jumpa BananaBro Versi ‘Copy’ Di Indonesia
- Lelaki Indo Dakwa Filem Animasi Dongeng Sang Kancil ‘Cedok’ Dari Warisan Budaya Indonesia
Menurut perkongsian BBC, rata-rata pengunjung yang hadir mahu melihat sendiri gua yang kononnya boleh dijadikan sebagai jalan pintas ke Mekah selain berdoa agar mereka dapat segera menunaikan ibadah Haji.
Rakyat Indonesia Berbelah Bahagi
Meskipun ramai rakyat Indonesia yang percaya dengan ‘kuasa’ gua Safarwadi ini, ada juga masyarakat yang mempersoalkan kepercayaan ini yang mana menurut mereka sebagai tahyul dan terlalu percaya perkara mistik.

Dua organisasi besar Islam di Indonesia iaitu Muhammadiyah dan Majelis Ulama Indonesia (MUI) kemudiannya memberikan pendapat mereka mengenai perkara ini.
Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Dadang Kahmad menilai kepercayaan rakyat Indonesia terhadap hal-hal mistis masih kuat. Hal itu membuat sebagian masyarakat masih menerima hal-hal yang “tidak rasional” sebagai kebenaran.
“Disinilah dakwah pencerahan dibutuhkan, agar masyarakat tidak terjebak pada keyakinan yang tidak berdasar,” tutur Dadang.
Cholil Nafis, Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) bidang dakwah dan ukhuwah, mengatakan, sebaiknya gua tersebut diperuntukkan untuk rekreasi dan pelestarian alam saja.
“Ini tidak bisa dipercaya. Ke Makkah melalui jalur normal yang ditentukan Indonesia dan Arab Saudi,” kata Cholil Nafis.

Ahli arkeologi dari Universiti Indonesia, Dr Ali Akbar menjelaskan, kepercayaan ini boleh dikaitkan dengan subjek teori agama yang beliau sendiri ajar kepada pelajarnya.
“Saya kebetulan mengajar sesuatu yang dipanggil agama prasejarah, jadi agama berkaitan arkeologi. Manusia secara naluri mempunyai emosi keagamaan atau emosi keagamaan. Mereka mahu mendekatkan diri dengan penciptanya,” katanya.