Di Jepun, masyarakat di sana dilaporkan sedang naik ‘gila’ dengan pewangi baharu yang menggunakan bau ‘gadis pelajar sekolah menengah’.

Apa sebenarnya bau gadis sekolah menengah? Sesetengah orang yang membeli pewangi ini mengatakan bahawa ia mempunyai ‘wangian buah yang serupa dengan minyak wangi gadis muda.’

Seorang pengguna Twitter di Jepun baru-baru ini berkongsi maklumat terbaru – pewangi dengan aroma yang khusus. Beliau menyatakan bau aroma ini seolah ‘membawa seorang gadis sekolah yang duduk di kerusi penumpang.’

Menurut Sora News, semuanya bermula apabila ibu kepada pengguna Twitter itu menyangka bahawa dia benar-benar menumpangkan seorang gadis muda. Namun apabila dia mengaku bahawa pewangi kereta beliau adalah bau ‘gadis sekolah menengah’, ibunya terkejut dan katakan bahawa anaknya pelik.

Tambahan daripada itu, permintaan untuk pewangi ini juga naik tinggi dengan salah seorang pengguna Twitter membalas ciapan tadi dengan mengucapkan terima kasih untuk maklumat itu.

“Jika saya meletakkan ini di dalam bilik saya, adakah ia akan terasa seperti seorang gadis berada bersama saya sepanjang masa?” tanya pengguna Twitter yang lain.

Pewangi unik ini telah dijual di kedai dewasa, tetapi anda juga mampu membeli pewangi ini di ruang Amazon Jepun untuk 1,760 yen (RM66.28).

Jepun tidak asing dengan pewangi yang luar biasa. Ada yang comel seperti pewangi kain dengan aroma ‘dahi kucing‘ untuk pencinta kucing atau ‘wangian maya’ yang berbau seperti watak-watak fiksyen dari anime dan permainan video.

Tetapi ada juga beberapa pewangi pelik yang dicipta untuk memuaskan nafsu. Antaranya adalah pewangi dengan aroma ‘tuala mandi wanita’, ‘wanita muda’ atau dengan bau ‘peluh wanita’.

Berikut adalah cerita lain mengenai Jepun, klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Rahsia’ Bagaimana Bekas CEO Nissan Larikan Diri Dari Jepun Akhirnya Terjawab

Ini 10 Perkara Paling ‘Kurang Ajar’ Yang Dilakukan Ramai Orang Dalam Kereta Api Jepun

Ini Tip Pilih Lokasi Penginapan Strategik Untuk Mudahkan Perjalanan Anda Di Jepun

Sumber