Sejak kebelakangan ini, golongan muda terutamanya memilih untuk bekerja di Singapura kerana penawaran gaji yang lebih lumayan. Mereka digelar sebagai “Run SGD” yang mana sanggup berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura pada setiap hari.

Walaupun sudah berada di negara orang lain, nampaknya segelintir rakyat Malaysia masih membawa perangai negatif ke sana selepas didakwa membuang sampah merata-rata di sebuah lokasi istirehat untuk geng motor.

Rakyat Malaysia Kerja Di Singapura Didakwa Buang Sampah Merata-Rata Jadi Perhatian Warganet
Sumber Gambar: msnews

Pendedahan telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Abdullah Mohammad Fazli yang mana menasihati rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk menjaga kebersihan di sana kerana lambat laun bakal memberi imej negatif kepada negara pula.

“Buat semua brader dan kakak “Run SGD” yang lalu kawasan ini. Dari Woodland CP ke arah waterfront (jalan tepi laut)..Tolong jangan buang sampah di sini.

“Takut satu hari kawasan ini akan ditutup untuk kita sama-sama beristirehat dari penat hadap jem setiap pagi. Hanya sebagai teguran manja untuk kebaikan bersama. Nanti tak pasal-pasal kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” tulisnya di sebuah grup FB.

Rakyat Malaysia Kerja Di Singapura Didakwa Buang Sampah Merata-Rata Jadi Perhatian Warganet
Sumber Gambar: FB Abdullah Mohammad Fazli

Kita pun sedia maklum, negara Singapura sangat menitik beratkan soal kebersihan, hatta sampah sekecil chew gum sekalipun bakal dikenakan tindakan tegas jika berjaya dikesan.

Hantaran lelaki itu ternyata meraih perhatian warganet tempatan yang mana rata-ratanya meluahkan rasa geram dengan sikap buang sampah merata-rata oleh segelintir pencari rezeki di Singapura dan dianggap tidak bermoral kerana membuat onar di tempat orang lain.

Rakyat Malaysia Kerja Di Singapura Didakwa Buang Sampah Merata-Rata Jadi Perhatian Warganet
Sumber Gambar: FB
Rakyat Malaysia Kerja Di Singapura Didakwa Buang Sampah Merata-Rata Jadi Perhatian Warganet
Sumber Gambar: FB

Ramai warganet turut menasihati mereka yang bekerja di Singapura untuk menjaga tingkah laku kerana membawa imej Malaysia sekali. Tiada gunanya Malaysia menjadi negara maju jika rakyatnya sendiri masih di takuk lama dengan sikap negatif.