Memang tidak dinafikan, Malaysia menjadi pilihan utama buat orang luar untuk bersara kerana fasiliti yang serba moden dan paling utama menggunakam wang yang dollar yang lebih bernilai sekaligus terasa murah di sini.

Baru-baru ini, seorang pengguna X berkongsi satu tangkap layar yang memperlihatkan warga luar negara yang berhasrat bersara dan menetap di Malaysia sebagai rumah ke-2 dengan menyertai progrm MM2H.

Keputusan mereka untuk berbuat sedemikian telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan netizen tempatan.

Sebahagian netizen meluahkam kerisauan akan kenaikkan harga rumah yang drastik sekaligus meranapkan impian warga tempatan yang mahu memiliki kediaman sendiri lebih-lebih lagi kawasan bandar selepas ini.

Hal ini kerana dengan kehadiran expat ini bakal memperlihatkan permintaan rumah yang lebih tinggi malahan mereka berkemampuan untuk membeli pada harga yang mahal.

Malaysia
Sumber Gambar: Veritas Design Group

Jadi, netizen menyimpulkan pihak pembangun sudah pastinya bakal membina rumah jenis highrise dan menawarkan pada harga yang tinggi.

Dalam pada itu, terdapat kemungkinan harga barangan semasa di sesuatu penempatan akan naik juga memandangkan warga asing boleh berbelanja dengan senang kerana kekuatan duit USD yang digunakan.

Selain itu, ada yang membidas dakwaan mereka bakal memberi impak kepada ekonomi setempat kerana secara logiknya orang yang bersara tidak akan berbelanja besar kerana mahu memastikan kelangsungan hidup untuk beberapa tahun mendatang dan sekadar hidup secukupnya.

Malah, ada yang merasakan Malaysia bakal menjadi seperti Bali yang mana dipenuhi warga asing yang bekerjaya sebagai digital nomad.

Inilah realiti yang terjadi di Bali pada hari ini di mana kehadiran expat di sana bukan sahaja menyebabkan kenaikkan harga hartanah dan sewa sahaja bahkan barangan asas juga turut terkesan sekaligus kos sara hidup tempata naik melambung.

Bukan itu sahaja, para pemilik hartanah juga cenderung menaikkan harga sewaan dan memberi keutamaan kepada warga asing berbanding lokal kerana lebih menguntungkan. Dalam jangka masa panjang, warga tempatan bakal terjejas teruk apatah lagi apabila tingkat gaji yang masih kekal sama.

Bagaimanapun ada sebahagian lain percaya kehadiran expat ini bakal memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara kerana mereka akan berbelanja besar dan membeli hartanah bernilai jutaan ringgit.