Dengan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi, semakin ramai individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kelangsungan hidup.

Jika dahulu, orang mungkin akan mengambil kerja lebih masa atau membuat dua kerja dalam meraih wang secukupnya untuk membayar komitmen bulanan.

Ramai Individu Terdesak Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Langsai Hutang
Sumber Gambar: Pa&ma

Kini mungkin keadaan terlalu mendesak sehinggakan ada yang sanggup menjual organ dalaman untuk meraih wang dalam kadar segera.

Terbaharu, dilaporkan wujud sejumlah individu yang sanggup menderma buah pinggang dengan dikenakan “bayaran” tertentu buat mereka yang berminat.

Ramai Individu Terdesak Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Langsai Hutang
Sumber Gambar: Health Insure Savy

Mereka dilihat dengan berani menyiarkan iklan tersebut secara terbuka menerusi grup FB Mencari Penderma Buah Pinggang walaupun mengetahui ia menyalahi undang-undang.

Perkara ini sudah boleh dianggap sebagai pemerdagangan organ tetapi secara sukarela oleh si penderma tersebut.

Berdasarkan pemerhatian secara teliti, kebanyakkan yang menjual organ masing-masing kerana mahu menglangsaikan hutang dan ada disebabkan terhimpit dengan kos sara hidup.

Kita pun sedia maklum buah pinggang mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya buat mereka yang terdesak dan terpaksa menunggu giliran yang terlalu lama di dalam senarai penderma pada ketika ini.

Ramai Individu Terdesak Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Langsai Hutang
Sumber Gambar: FB
Ramai Individu Terdesak Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Langsai Hutang
Sumber Gambar: FB
Ramai Individu Terdesak Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Langsai Hutang
Sumber Gambar: FB
Ramai Individu Terdesak Sanggup Jual Buah Pinggang Demi Langsai Hutang
Sumber Gambar: FB

Di dalam grup tersebut, beberapa individu siap memberikan maklumat lengkap dan diet mereka untuk menentukan harga buah pinggang yang mahu dijual kepada mereka yang berminat.

Lagi sihat maka harganya pun naik melambung lebih tinggi berbanding yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus kualiti buah pinggang turut terjejas.

Agak mengejutkan juga apabila kami mengesan ada individu yang meninggalkan komentar kerana berminat untuk merunding harga bersama penderma terlebih dahulu.

Setakat carian kami, harga buah pinggang sekitar RM50,000 dan ke atas namun harga menjadi melambung tinggi jika dijual di dalam pasaran gelap di mana boleh mencecah ratusan ribu ringgit.