Walaupun Malaysia sering menerima tohmahan melampau oleh netizen dari negara jiran, mereka rupanya masih berhasrat untuk berhijrah ke sini dalam diam-diam.

Perkara ini mula disedari selepas seorang pengguna X dari Indonesia membahaskan berkaitan negara manakah yang mahu diduduki dan bekerja jika diberi kesempatan.

Sebahagian netizen langsung menyenaraikan beberapa negara yang terjamin dengan kualiti hidup yang bagus seperti Swizterland, Iceland, Jepun, China dan Arab Saudi.

Nama Malaysia menjadi sebutan

Bagaimanapun, nama Malaysia juga menjadi sebutan berulang-kali oleh mereka dan sedia berkongsi sebab mengapa merasakan Malaysia adalah negara terbaik untuk berhijrah dan menetap jika berkesempatan.

Menurut netizen Indonesia, negara Malaysia mempunyai persamaan dari segi iklim, budaya dan juga bahasa yang membuatkan mereka lebih mudah beradaptasi.

Bahkan,netizen berpendapat dengan jarak yang relatif dekat di antara kedua-dua negara ini cukup memudahkan mereka untuk pulang ke kampung halaman apatah lagi dengan adanya pilihan penerbangan dengan tambang murah.

Gelarkan Indonesia versi lebih maju

Ramai Netizen Indo Mahu Pindah Ke Malaysia, Dakwa Sebagai Indonesia Versi Maju Dan Bebas 'Preman'
Sumber Gambar: X

Sampaikan tahap ada di antara mereka yang menggelarkan Malaysia adalah Indonesia versi yang lebih maju dan bebas tekanan organisasi tertentu dan samseng jalanan. Boleh dikatakan inilah visi yang mereka mahu mereliasasikan di negaranya tetapi masih belum berjaya dicapai lagi.

Menurut netizen Indonesia lagi, tawaran gaji juga jauh lebih lumayan di Malaysia di samping mempunyai infrastruktur yang lengkap serta kualiti udara yang bagus menjadikan kualiti kehidupan secara keseluruhannya adalah sangat baik.

Dalam pada itu, ada yang membangkitkan berkenaan harga bahan api seperti minyak yang jauh lebih murah di Malaysia berbanding di Indonesia.

Berdasarkan carian terkini, setakat Jun ini, RON95 telah dijual pada harga RM2.05 seliter sementara Pertamax Green (RON 95) dijual dengan harga Rp12.800 (~RM3.33) per liter.

Di dalam bebenang yang sama, rupanya ramai yang sedang mencari peluang untuk bekerja di sini dan meminta mana-mana individu yang boleh membantu mereka mendapatkan pekerjaan agar boleh berhijrah segera.