Pihak Polis menggunakan dua buah bas bagi menghalang sekumpulan mat rempit daripada melarikan diri dalam operasi khas bersepadu.
Sekatan itu dibuat bagi membanteras samseng jalanan di jalan pantai Skudai Pantai Lido, petik Buletin TV3.
Ada pengguna jalan raya terakam sekatan itu melalui dashcam yang ada pada kenderaannya.
Polis menggunakan dua buah bas bagi menghalang kumpulan samseng jalan raya daripada melarikan diri dalam operasi khas bersepadu membanteras samseng jalanan di jalan pantai Skudai Pantai Lido yang berkahir awal pagi tadi.
Sumber: Video tular pic.twitter.com/6kOjVpSiEm
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 26, 2024
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, tindakan itu membuahkan hasil apabila 286 individu bersama 257 buah kenderaan telah diperiksa.
“Daripada jumlah itu sebanyak 115 motosikal telah disita di bawah seksyen 64, Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 bagi pemeriksaan lanjut” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi dua hari bermula jam 5 petang hingga 1 pagi membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi.
Sebanyak 153 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan termasuk tidak mempunyai lesen memandu, ubahsuai struktur kenderaan dan pelbagai kesalahan lain.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah mengeluarkan saman 54 kompoun mengikut seksyen akta pengangkutan jalan 1987 atas pelbagai kesalahan.
Manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 46 saman kompoun dan 52 notis arah periksa terhadap individu yang menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi melebihi paras yang ditetapkan.
Sita motor…jel 2thn…denda RM10K pun cukup dah tu rasanya…👌
— Dewa Said (@dewasaid) August 26, 2024
Sita motor, lokap dan buat khidmat masyarakat clear semua longkang kat JB ni. Tahniah @PDRMsia
— Ajim (@woodlands23) August 26, 2024
Mantap pdrm. Korang patut hargai kerja keras pdrm ni nk hapuskan geng2 mat rempit yg byk susahkan org ni. Risiko kena langgar dgn beruk2 ni mau patah habis tulang
— محمد شافيز (@Shafiz66) August 26, 2024
Melihat komen-komen yang dikongsikan wargent, ramai berpuas hati melihat ‘kreativiti’ anggota penguatkuasa menumpaskan samseng jalan terbabit.