Selebriti dan hos terkenal Jepun, Roland dikhabarkan mahu membuka sebuah salon di Malaysia tetapi tidak meneruskan niatnya selepas melihat keadaan pusat membeli-belah tersebut yang kelihatan ‘kosong’ tanpa penyewa dan juga pengunjung.

Menerusi video di YouTube miliknya, Roland mengatakan salon RBL yang sepatutnya dibuka pada bulan Jun di pusat membeli-belah, J Value Mall itu telah menelan belanja 60 juta yen (~RM1.89 juta) secara keseluruhan untuk kos pembinaan dan deposit keselamatan.

Baca Juga:

Selain tiada perkembangan pembinaan, pusat membeli-belah tersebut yang terlihat kosong membuatkannya hilang keyakinan untuk membuka salon di sana.

Ketika lawatan tapaknya, dia bertanya kepada presiden ‘pusat membeli-belah J Value’ mengenai keadaan semasa untuk dia memutuskan sama ada untuk mengurangkan kerugian atau menarik diri dari membuka perniagaannya di sana.

Jawapan yang diberikan presiden iaitu perlukan masa dan dijangka dibuka sepenuhnya pada tahun hadapan serta akan menarik lebih pengunjung ke sana tidak memberikan keyakinan kepadanya.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rancangannya untuk membuka perniagaannya di situ walaupun sudah mengeluarkan banyak wang.