Hidangan claypot popular di kalangan rakyat Malaysia. Ia terkenal disebabkan ramuannya yang enak serta dihidang panas.
Namun apa yang menariknya adalah satti sorru atau claypot dalam kalangan bangsa India biasanya dihidangkan dengan ayam, kambing atau makanan laut. Bagaimanapun, tarikan terbaharu, hidangan lauk biawak kini menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia.
Seorang penulis Yahoo News, Huda Hekmat telah menyiarkan pengelaman beliau merasa hidangan claypot biawak yang dagingnya difahamkan terasa seakan-akan ayam.
Beliau telah berkunjung ke Pudu dan singgah di gerai Anba Satti Sorru [tidak halal], ia adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan pelbagai jenis masakan.
Daging biawak yang dibeli daripada pembekal di Seremban dan dijual pada harga RM17 bagi satu hidangan ini akan dibersihkan, direndam dalam air suam, kemudian dihiris kecil sebelum dimasak bersama kentang, bawang, rempah kari India, dan nasi.
Biawak yang mempunyai berat antara 1 hingga 5kg dan berukuran antara 20cm dan hampir 1m panjang, dimasak dalam claypot pada suhu tinggi dan dihidangkan dalam masa kurang 30 minit.
Huda menyatakan bahawa daging biawak yang dimasak rasa seperti ayam, tetapi dagingnya agak bertulang, dan ada rasa rempah kari yang kuat. Dari segi kesihatan, difahamkan bahawa daging biawak dapat meningkatkan stamina dan mencegah serangan asma.
Bagaimanapun, kebimbangan terbesar di kalangan masyarakat adalah sama ada ia sah atau tidak untuk memburu biawak.
Kajian 2019 oleh Sergio Guerrero Sánchez menunjukkan bahawa walaupun tidak berada dalam kategori bahaya pupus, biawak pemantau Asia dianggap sebagai biawak pemantau yang paling dicari di dunia untuk daging dan kulitnya.
Menurut Kementerian Tenaga & Sumber Asli Malaysia, biawak pemantau Asia adalah spesies yang dilindungi. Bagaimanapun, jika pembekal menyerahkan kertas kerja yang lengkap dan membantu mengembangkan spesis ini, ia sah di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.
Beroperasi lebih 40 tahun, restoran Cina muslim di Klang ini wajib dicuba penggemar makanan Cina. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Beroperasi Lebih 40 Tahun, Restoran Cina Muslim Di Klang Ini Wajib Dicuba Penggemar Makanan Cina