Pemain asal Jerman, Florian Wirtz sertai Liverpool secara rasmi. Pemain itu diumumkan oleh kelab sebagai pembelian terbaru mereka.

Rundingan Liverpool dengan Wirtz dilaporkan sudah bermula sejak awal jendela perpindahan dibuka.

Pemain keempat termahal dalam sejarah EPL

Pemain itu dilaporkan dibeli dengan nilai £116 juta, yang dipecahkan kepada £100 juta tetap dan £16 juta dalam bentuk bonus.

Menjadikan dia pemain keempat termahal pernah dibeli kelab EPL selepas Enzo Fernandez, Jack Grealish dan Declan Rice.

Posisi

Florian Wirtz  sertai Liverpool  bermakna Arne Slot akan memiliki pemain no.10 yang berkualiti.

Liverpool masih belum memiliki pemain no.10 yang benar benar berkaliber sejak pemergian Phillipe Coutinho.

Kehadiran Wirtz sertai Liverpool memberikan bayangan bahawa Slot sudah sedia untuk bermain dengan sistem no.10 yang dia gunakan ketika di Belanda.

Musim lalu, Slot menekankan aspek permainan di bahagian sayap. Dan kini Liverpool memiliki lebih banyak opsyen gaya bermain.

Sejarah karier

Wirtz dianggap sebagai salah satu bakat paling menyerlah dalam dunia bola sepak pada ketika ini.

Florian Wirtz sebelum ini menikmati lima setengah musim yang sangat berjaya bersama Bayer Leverkusen, selepas berhijrah dari pasukan remaja Cologne.

Debut Bundesliga pertamanya hadir pada Mei 2020 ketika berusia hanya 17 tahun dan 15 hari, dan tidak lama selepas itu, Florian Wirtz menjaringkan gol senior pertamanya menentang Bayern Munich.

florian wirtz

Wirtz terus menempatkan dirinya sebagai watak penting dalam kesebelasan utama Die Werkself pada musim  2020/21 dan dianggap antara bakat paling menarik dalam Bundesliga.

Beliau membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan Jerman pada September 2021. Namun kecederaan serius yang dialaminya membuatkan dia berehat panjang.

Wirtz kembali dengan prestasi cemerlang apabila membantu Leverkusen menjuarai liga dan piala domestik pada musim 2023-24, serta mara ke final Liga Europa, sambil mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kempen Bundesliga.

wirtz sertai liverpool

Meskipun skuad kendalian Xabi Alonso tidak mampu mengulangi kejayaan tersebut musim lalu, Wirtz tetap mempamerkan kualiti luar biasanya, termasuk di pentas Liga Juara-Juara dengan enam gol dalam sembilan penampilan.

Setakat ini, beliau telah mengumpul 31 kaps dan tujuh gol bersama Jerman, termasuk dua gol dalam lima penampilan di Euro 2024 yang lalu.

Florian Wirtz sertai Liverpool

Wirtz sertai Liverpool – skuad Arne Slot yang menjuarai liga, dan akan mula menyertai latihan pramusim bersama rakan sepasukan baharunya pada bulan Julai.

Ketika ditanya mengenai sasaran bersama kelab, Wirtz berkata:
“Saya mahu menang segala-galanya setiap tahun! Tetapi pertama sekali, kami kena lakukan kerja kami, saya kena lakukan kerja saya.

Florian wirtz

“Akhirnya, kami mahu berjaya. Musim lalu mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris, jadi sudah tentu matlamat saya adalah untuk menjuarainya sekali lagi dan juga melangkah lebih jauh dalam Liga Juara-Juara. Saya memang sangat beracita cita tinggi.”