Jese Rodriguez rasmi diumumkan sebagai pemain JDT. Pernah menjadi wonderkid yang dianggap The Next Cristiano Ronaldo itu pernah bermain untuk Real Madrid dan PSG.
Dalam kariernya dia pernah menjuarai La Liga dan dua kejuaraan Liga Juara Juara Eropah. Dia dianggap bakat luar biasa ketika masih muda di Real Madrid.
Namun agak sukar untuk dia menempatkan diri dalam skuad utama Real Madrid kerana posisinya ketika itu ada pesaing yang luar biasa seperti Cristiano Ronaldo atau Gareth Bale yang bermain di serangan sayap.
Akhirnya dia menyertai PSG pada 2016. Ketika di PSG dia gagal untuk menepati harapan yang tinggi diletakkan kepadannya. Dia juga pernah menyertai Stoke secara pinjaman. Namun gagal mendapatkan kontrak tetap.
Jese hampir berputus asa dan meninggalkan bola sepak kerana beberapa isu berkaitan kecederaan. Namun dia kemudian meneruskan lagi kariernya ke Turki, Itali serta menyertai Coritiba di Brazil.
Pemain penyerang sayap itu semalam dikaitkan dengan rumors ke JDT. Dan hari ini Harimau Selatan mengumumkan pemenang 2 UCL itu menyertai mereka. Jese dianggap pemain yang boleh memperkuatkan JDT terutama sekali dalam menempuhi kempen ACLE.
JDT mengumumkan pemain itu dalam satu video ringkas. Dan peminat JDT teruja dengan pengumuman tersebut.
𝐇𝐞'𝐬 𝐩𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐚𝐭 𝐛𝐢𝐠 𝐜𝐥𝐮𝐛𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐥𝐥 𝐭𝐡𝐞 𝐭𝐨𝐩 𝐝𝐢𝐯𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧𝐬. 𝐓𝐰𝐨-𝐭𝐢𝐦𝐞 𝐔𝐄𝐅𝐀 𝐂𝐡𝐚𝐦𝐩𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐋𝐞𝐚𝐠𝐮𝐞 𝐰𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫 𝐢𝐬 𝐧𝐨𝐰 𝐉𝐃𝐓 𝐟𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲.
Welcome to the Home of Champions💙♥️🥇#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#HarimauSelatan… pic.twitter.com/P7j7bg6xjF
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 5, 2024