Sebut sahaja bola sepak pasti anda tahu ia didominasi oleh lelaki dan bukannya perempuan. Akan tetapi, pertandingan bola sepak wanita juga dipertandingkan di peringkat antarabangsa.
Nama Steffi Sarge Kaur pasti cukup dikenali dalam kalangan anda yang gemar menyaksikan sukan bola sepak dan futsal. Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Steffi Sarge Kaur, beliau merupakan seorang pemain futsal wanita kebangsaan dan juga bekas pemain bola sepak wanita kebangsaan.

Baru-baru ini, perkongsian beliau di Twitter mendapat perhatian netizen. Kenapa? Beliau berkongsi beberapa komen tidak sopan yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna Instagram di Instagram miliknya. Steffi dilihat sangat kecewa dan menurut beliau, ianya bukan pertama kali perkara seperti ini terjadi.
I baru baca balik semua komen komen dalam ig gambar i. Sorry to say this, but the meleis boys yang paling teruk. Read and rate their comments please. pic.twitter.com/cJdrMojG7o
— Steffi Sarge Kaur (@SteffiSidhu) September 25, 2019
Komen-komen yang ditinggalkan majoritinya adalah komen berunsur ‘body shaming’ kepada Steffi. Justeru itu, rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang meninggalkan komen-komen sedemikian dan merasakan tindakan mereka memalukan.
Maybe 10% of your followers is Malay and the balance is others, maybe it is 45%, or 89% or even 98% is Malay. It is not about race. It is their behavior.
Yes, They are bad. Real bad. But leave the race out.
— Mohd Zakaria Idres 🇲🇾 (@GajahBiru9) September 25, 2019
https://twitter.com/leeeepp/status/1176688134181945344
https://twitter.com/MisdiantoTito/status/1176683635295932416
Ini merupakan satu perkara yang sering dilakukan oleh netizen di media sosial. Harapnya kita jadi lebih beradab ketika menggunakan media sosial selepas ini. Sebelum ini, Alif Satar dipuji kerana pertahankan rakan sepentas daripada gurauan body shaming.
Alif Satar Dipuji Pertahankan Rakan Sepentas Daripada Gurauan ‘Body Shaming’
Isu Viral Surat Cinta Murid Sekolah Dan Kesan Buruk ‘Online Shaming’ Kepada Kanak-Kanak