Real Madrid kini sasar kejuaraan La Liga menurut Carlo Ancelotti selepas pasukan itu terlepas 2 piala dalam masa terdekat ini.
Mereka tersingkir daripada Liga Juara Juara Eropah dan kemudian kalah dalam final Copa Del Rey di tangan musuh tradisi, Barcelona.
Menurut Ancelotti pasukannya bermain dengan sangat baik dengan menguasai separuh masa kedua.
Ancelotti memuji kesungguhan para pemainnya. Dan menegaskan bahawa dia tidak boleh mengkritik pasukannya kerana mereka sudah melakukan yang terbaik.
Pengurus asal Itali itu berkata: “Kami menguasai separuh masa kedua dan kami melakukan segalanya yang kami mampu.

“Saya tak boleh mengkritik pasukan, kerana kami sudah melakukan yang terbaik.
“Saya terluka, dan ianya sangat hampir. Kami sangat hampir untuk memenangi trofi.”
Real Madris sasar kejuaraan La Liga
Ancelotti kemudian menegaskan bahawa kini Real Madrid sasar kejuaraan La Liga.
“Dan sekarang kami akan fokus untuk memenangi La Liga,” tegas Ancelotti lagi.
🚨 Ancelotti: “We dominated the second half… and we did everything we could. I can’t criticize the team, we did our best”.
“I’m hurt, it was so close. We were so close to winning”.
“Now we will focus on winning La Liga”. pic.twitter.com/NaJfbCC7Bl
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 27, 2025
Real Madrid ketika ini di tangga kedua di belakang Barcelona. Mereka hanya dibezakan 4 mata daripada Barcelona dalam persaingan kejuaraan La Liga.’
Skuad Carlo Ancelotti itu selepas ini akan berdepan Celta Vigo kemudian satu lagi aksi el clasico menentang Barcelona yang boleh menjadi penentu kejuaraan musim ini.
Rekod Real Madrid dalam el clasico musim ini agak mengecewakan.
Pastinya Ancelotti sedar akan perkara itu dan mahu memperbaikinya segera dalam perlawanan penting itu nanti.
