Pemain badminton perseorangan lelaki China, Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan menentang Jepun pada aksi peringkat kumpulan berpasukan di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, semalam.
Zhi Jie yang berusia 17 tahun sedang berdepan Kazuma Kawano, kemudian rebah dalam keadaan tertiarap semasa kedudukan terikat 11-11.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Pasukan perubatan bergegas memberikan bantuan kecemasan sebelum pemain remaja itu dikejarkan ke hospital.
Insiden itu telah mengejutkan peminat badminton dunia di media sosial dan ia adalah sesuatu yang jarang berlaku terutamanya ketika perlawanan berlangsung.
Badminton Asia mourns the loss of a young star.
Our Deepest Condolences to his family, friends and the Chinese Badminton Association.#BadmintonAsia #BadmintonAsiaJuniorChampionships2024 #Badminton #BAJC2024 pic.twitter.com/lAX0DldhZk
— Badminton Asia (@Badminton_Asia) July 1, 2024
Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan berkata Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.
“Pemain perseorangan China, Zhang Zhi Jie pengsan di dalam gelanggang ketika perlawanan petang semalam sebelum dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.
“Zhi Jie sedang bermain perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun ketika dia pengsan.
“Dia kemudiannya dirawat oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh kurang dua minit dengan ambulans yang disediakan,” kata kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur kejohanan mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhi Jie, keluarga dan Persatuan Badminton China (CBA).
One minute of silence as we pay our respects to the late Zhang Zhi Jie.
Rest in peace. pic.twitter.com/DhP4actMDJ
— BAM (@BA_Malaysia) July 1, 2024
“Dunia badminton kehilangan seorang pemain yang berbakat,” katanya.
Zhang Zhi Jie merupakan juara remaja Asia bawah 17 tahun pada 2023. Beliau pemain ketiga dari China yang muncul juara selepas Zhang Sheng pada 2006 dan Shi Yu Qi (2012).
Kejohanan Badminton Remaja Asia berlangsung di GOR Among Raga, Yogyakarta dari 28 Jun hingga 2 Julai bagi acara berpasukan campuran.
Kejohanan itu akan diteruskan bagi acara individu yang dijadual bermula dari 3 hingga 7 Julai.