Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial mengenai sekumpulan remaja berbangsa melayu di Singapura yang tidak fasih berbahasa Melayu.
Di dalam video temuramah tersebut, kandungan TikTok media sosial @beritamediacorp bertanya soalan kepada sekumpulan remaja Singapura mengapa mereka takut berbahasa melayu.
Baca Juga:
Kebanyakan mereka memberi alasan bahawa mereka tidak menggunakan bahasa melayu kerana bunyinya kekok dan tidak lancar.
“When I try to talk in Malay it’s so bad”
Rupanya ramai belia di Singapura kurang memilih untuk bercakap Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.
Di Malaysia ada fenomena seperti ini juga ke? pic.twitter.com/72WT07g8eS
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) August 19, 2023
Sebahagian lagi menyatakan bahawa mereka masih menggunakan bahasa melayu, tetapi ketika bercakap bersama atuk atau nenek mereka di rumah.
Tetapi ketika keluar bersama kawan, mereka lebih suka berbahasa inggeris kerana lebih mudah.
Kandungan tersebut telah mendapat perhatian rakyat Malaysia yang rata-ratanya terkejut dengan pendedahan tersebut.
Bagi pengguna media sosial @sanihamid, menyatakan bahawa tidak adil untuk membezakan penggunaan bahasa melayu di Singapura dan Malaysia. Ditambah lagi sistem pendidikan di sana mengutamakan bahasa inggeris berbanding Malaysia yang mengutamakan penggunaan bahasa melayu.
Kalau nak samakan fenomena di 🇲🇾, ia diumpamakan seperti BI. Oleh kerana cuma satu subject & peluang nak guna tak banyak, jadi standard penguasaan bahasa & pertuturan tak begitu tinggi secara am nya.
Di 🇸🇬 pendidikannya semua dalam bahasa english dari darjah 1 sampai ke…
— Sani Hamid (@sanihamid) August 19, 2023
Bagi @amyrulhakeeme pula, beliau mengesahkan bahawa sebahagian daripada saudaranya di Singapura tidak fasih berbasa melayu walaupun ketika bercakap dengan keluar.
Saya boleh sahkan benda ni! Hampir semua sepupu & 2-pupu (yang sebaya & lagi muda) di Singapura tak reti nak berbahasa Melayu walaupun dengan keluarga. Boleh katakan generasi muda Melayu SG malu nak cakap BM sebab tak biasa/takut dipandang rendah/takut cakap bunyi pelik keluar
— myrul (@amyrulhakeemee) August 19, 2023
Manakala @IZZ9494 pula, beliau merasakan tiada apa yang membezakan Malaysia dan Singapura kerana remaja di Malaysia juga kini banyak bertutur dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
sbenarnye ada je kat malaysia macamni,,tapi tak la 100% english,,,mungkin 70%/30% sbb skeliling dia jnis speak english, n da biasa dgar/baca english so otak akan lebih english klau nak ckap melayu bleh tpi struggle nak buat ayat tu atau x terkeluar word tu
— 🔺IZZ 🇲🇾🇶🇦 (@IZZ9494) August 20, 2023
Untuk rekod, pada tahun 2021 seorang ilmuwan Singapura menyatakan kebimbangan beliau bahasa suatu hari nanti, tidak mengejutkan jika bahasa melayu diajar dalam bahasa inggeris disebabkan kelemahan bertutur dalam bahasa tersebut oleh generasi anak muda masa kini.
Dr Mohamed Aidil Subhan, seorang pakar bahasa dan Pensyarah Kanan di Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang (NTU-NIE) menjangkakan bahawa Bahasa Melayu mungkin akan diajar dalam Bahasa Inggeris pada masa akan datang selepas melihat kurangnya penggunaan Bahasa Melayu di kalangan warga Singapura, lapor Media Corp.
Beliau merujuk data Banci Penduduk yang merekodkan bahawa sekitar 1980, penggunaan Bahasa Melayu mencatatkan peratusan yang tinggi berbanding sekarang di mana penggunaannya telah menjunam jatuh kepada 60 peratus pada tahun 2020.