Pihak Black Mafia Garage telah tampil menafikan pihaknya mendesak Remy Ampang untuk menjadikan kereta yang ditaja mereka sebagai hadiah utama untuk cabutan bertuah sempena Honda Day 2024.

Dalam kenyataan Remy Ampang sebelum ini dia menjelaskan bahawa hadiah kereta yang dikritik netizen itu sebenarnya bukan idea pihak penganjur. Namun idea itu datang daripada pihak Black Mafia Garage.

Remy kemudian menegaskan bahawa hadiah itu sampai kepada mereka seminggu sebelum acara bermula dan mereka tidak sempat untuk mencantikkan kereta tersebut.

Kenyataan tersebut mengundang rasa tidak gembira pihak garaj yang merasakan Remy Ampang sudah memfitnah mereka. Dan mereka menafikan pernah mencadangkan atau mendesak Remy menjadikan hadiah yang mereka taja itu menjadi hadiah utama.

Menurut tangkap layar perbualan pihak garaj dengan Remy Ampang, sebenarnya Remy sendiri yang meminta pihak mereka menaja hadiah berupa sebuah kereta Honda lama untuk cabutan bertuah.

'Remy Ampang Sudah Melampau', Pihak Garaj Kecewa Jadi Mangsa Fitnah

'Remy Ampang Sudah Melampau', Pihak Garaj Kecewa Jadi Mangsa Fitnah

Kemudian Remy mencadangkan hadiah itu ditampal pelekat dengan tulisan Honda Day Malaysia 2024 ditaja oleh Back Mafia Garage.

Pihak Black Mafia Garage menafikan bahawa mereka ada mendesak Remy Ampang untuk menjadikan kereta yang mereka ‘belanja’ itu sebagai grand prize untuk cabutan bertuah.

Netizen bertanya kepada Abanglong Black sama ada tangkap layar perbualan ini adalah melibatkan dia dengan pihak Remy, dan beliau mengiyakannya.

'Remy Ampang Sudah Melampau', Pihak Garaj Kecewa Jadi Mangsa Fitnah

Ini adalah tangkap layar perbualan yang sudah dibesarkan saiz:

'Remy Ampang Sudah Melampau', Pihak Garaj Kecewa Jadi Mangsa Fitnah

Abanglong Black sudah memberitahu Remy Ampang bahawa dia tidak pernah mengarahkan Remy untuk menjadikan hadiah yang dia berikan sebagai grand prize.

'Remy Ampang Sudah Melampau', Pihak Garaj Kecewa Jadi Mangsa Fitnah

Selain itu menurut Abanglong Black, dia hanya memindahkan wang kepada Remy Ampang. Dan urusan selebihnya adalah di bawah Remy sendiri. Dan kini Remy menuding kesalahan ke arahnya untuk dijadikan kambing hitam.

Pihaknya tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada Remy Ampang kerana telah mengaibkan nama mereka.

'Remy Ampang Sudah Melampau', Pihak Garaj Kecewa Jadi Mangsa Fitnah

Pihak garaj itu berkata: “Remy Ampang, ini sudah melampau, WhatsApp saya kenapa tidak dibalas? Bila masa saya suruh letak kereta ini jadi grand prize? Saya dekat Singapura pindahkan duit kereta, semua awak yang selesaikan, kemudian awak tuding ke arah saya pada akhirnya.

“Baik awak bersihkan nama saya sebelum saya ambil tindakan undang undang. Ini dah dikira awak sudah memalukan saya.”

'Remy Ampang Sudah Melampau', Pihak Garaj Kecewa Jadi Mangsa Fitnah