Peminat sukan permotoran akhirnya mendapat jawapan kenapa acara Honda Day 2024 memberikan hadiah cabutan bertuah yang dianggap tidak menepati standard.

Semalam, warganet jadi terkedu melihat hadiah utama untuk cabutan bertuah sempena Honda Day 2024. Di mana ianya adalah kereta terpakai yang kusam dan lusuh.

Ada yang menganggap, bukan isu kereta itu kereta terpakai yang menjadi masalah, tetapi sekurang kurangnya buatlah kemasan semula ataupun cat semula kereta tersebut.

Malah ada yang mendedahkan bahawa kereta hadiah itu dibeli di marketplace dengan nilai cuma RM3,500 sedangkan penganjur meraih ratusan ribu ringgit daripada bayaran penyertaan.

Menurut individu yang digelar Remy Ampang, pihaknya terpaksa memberikan hadiah kereta kusam tersebut kerana itu permintaan pihak penaja.

“Orang taja, kita terima sahaja,” kata beliau ketika membalas komen di facebooknya.

Remy Ampang Tampil Dedahkan Kisah Sebenar Hadiah Honda Day 2024

Terdapat juga tangkap layar perbualan WhatsApp yang didakwa melibatkan Remy Ampang menyatakan bahawa bahawa kereta tersebut adalah pemberian seseorang yang meminta agar kereta itu dijadikan hadiah utama acara.

Jadi Remy menegaskan lagi bahawa kereta tersebut tiba seminggu sebelum tarikh acara tersebut, jadi dia tidak boleh berbuat apa apa, dan menunaikan permintaan pihak yang menaja.

Remy Ampang Tampil Dedahkan Kisah Sebenar Hadiah Honda Day 2024

Dalam hantaran Facebook terbaru Remy Ampang berkata mereka menerima tajaan daripada sebuah garaj. Dan mereka tidak sempat untuk membuat kemasan semula kereta tersebut.

Remy berkata:

“Honda day malaysia 2024. Petama sekali saya remy ampang dan semua crew crew hdm ingin minta maaf kepada semua.

“Berkaitan dengan hadiah grand prize semalam.. Untuk makluman semua pihak, hadiah kerete tersebot telah ditaja oleh Black Mafia Garage Batu Pahat Johor kepada kami

“Hadiah tersebut telah sampai kepada kami semingu sebelum tarikh event dan kami dalam keadaan kelam kabot dan tak sempat masa untuk pihak kami meng-elok-kan dan mecari ganti yang lain.”

Namun Remy Ampang menyatakan bahawa pemenang akan mendapat hadiah khas daripada mereka selepas ini. Demi menjaga nama baik Honda Day Malaysia.

Walaubagaimanapun demi menjaga nama baik Honda Day Malaysia, dalam masa terdekat ni pihak kami akan hantar balik yang lain ke rumah pemenang dan kami akan buat satu live tt di media secara terbuka.

“Sekali lagi saya Remy Ampang dan semua crew crew Honda Day Malaysia dari 2016 sampai 2024 memohon maaf kepada semua dan kami akan memperbaiki balek kelemahan dan kekurangan puhak kami HDM pada masa akan datang.

Lagi sekali saya dan semua crew honda day malaysia memohon ampon dan maaf kepada semua pehak dan saya harap agar semua pehak bagi pehak kami hdm sedikit ruang untok kami perbetolkan kesilapan dan kelemahan saya

Saya mohon ampon dan saya minta maaf kepada semua sapoter yang sapot saya dari dulu sampai sekarang. Kelemahan saya,
Kekurangan dari saya.