Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bertindak menyerang sosial media Salang Sayang Resort kerana tidak berpuas hati dengan soalan ujian mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Melalui ciapan seorang pengguna Twitter, kelihatan lambakan komen yang menyalahkan resort tersebut di atas kegagalan calon SPM 2021 menjawab soalan ujian mendengar.

https://twitter.com/mfitsayie/status/1495650264585740288

Difahamkan bahawa dalam ujian mendengar, nama Salang Sayang Resort telah dijadikan topik ujian mendengar dengan kebanyakan pelajar meneka perkataan yang disebut itu ‘salam’ dan bukannya ‘salang’.

Justeru itu, calon SPM 2021 telah bertindak menyerang resort tersebut dan menyalahkan pihak resort kerana kegagalan mereka menjawab soalan dalam salah satu ujian mendengar.

Calon SPM ini juga telah meninggalkan ulasan yang buruk di bahagian Google Reviews, mereka juga telah meninggalkan komen yang mengecam nama resort tersebut dan meminta pihak resort menukar nama.

Difahamkan bahawa calon SPM turut menuduh pihak resort telah membuat perjanjian dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menaikkan resort tersebut.

Menurut salah satu portal media tempatan, pihak resort sudah pun menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau terkejut apabila membaca komen yang berbaur marah.

Setakat ini, semakan The Vocket mendapati ulasan berbaur marah di Google Review kini sudah berkurang dan kebanyakan mereka sudah mula meminta maaf di atas kelakukan sebahagian calon SPM yang lain.

Di Twitter pulak, netizen memberi reaksi kurang senang dengan sikap para pelajar yang bertindak menyerang pihak resort tersebut.

Wanita ini ‘tanpa sedar’ telah menjadi mangsa buli siber calon SPM 2019. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Ini ‘Tanpa Sedar’ Telah Menjadi Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019

Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019 Tampil Beri Respon Isu Yang Berlaku

Calon SPM Tak Mahu ‘Repeat Paper’ Selepas Soalan Sejarah SPM 2020 Didakwa Bocor