Keprihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sepanjang negara dilanda dengan bencana alam telah mendapat perhatian ramai.

Rakyat Malaysia terus menyalurkan bantuan tidak kira dalam bentuk wang ringgit mahupun keringat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, tular di media sosial apabila sekumpulan anak muda turun ke kawasan  banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana alam.

Video yang dimuat naik oleh wartawan Awani, Ridauddin Daud di laman Twitter beliau menunjukkan sekumpulan anak muda berusia 18 tahun yang bersemangat membantu mangsa banjir.

Di dalam video terbabit, seorang anak muda memberitahu bahawa mereka mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpul duit sesama mereka bagi disalurkan kepada kawasan-kawasan yang terkesan.

“Minggu ini memang kami cuti, nak fokus tolong mangsa-mangsa banjir,” kata salah seorang wakil sekumpulan rider muda.

Difahamkan bahawa mereka sudah empat hari membantu mangsa-mangsa banjir dan mereka turut bergerak membantu ke kawasan-kawasan lain juga.

Video terbabit telah ditonton sebanyak 27,000 kali dan mendapat ciapan balas sebanyak lebih 1,000.

Kebanyakan netizen memuji tindakan mereka dan mengharapkan ramai lagi anak muda seperti mereka yang turun membantu mangsa-mangsa banjir.

“Baru 18 tahun. Hebat nilai empati dan sukarelawan adik ini. Semoga Malaysia lebih terbela di masa akan datang dengan adanya pewaris seperti awak dan kawan-kawan awak, dik. Syabas dan tahniah!” Kata salah seorang netizen.

“Aku doakan kesemuanya dimurahkan rezeki yang banyak, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dalam jagaan Allah swt. Aamiin,” kata seorang netizen yang menitipkan doa kepada adik-adik tersebut.

Utamakan mangsa banjir, lelaki ini guna Brabus G700 6×6 untuk hantar bantuan. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Utamakan Mangsa Banjir, Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan

‘Ini Mencuri Namanya’- Netizen Kecewa Lihat Segelintir Individu Ambil Kesempatan Terhadap Mydin Mart

Hanya Guna Kertas A4, Cara Pemilik Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir Buat Netizen Kagum