Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman mengekalkan status sebagai pemain terbaik yang dimiliki oleh Malaysia ketika ini selepas menyinar bersama kelabnya di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini, Arif membantu JDT menewaskan Central Coast Mariners dengan keputusan 2-1 dalam aksi AFC Champions League (ACL) Elite sekaligus mencerahkan peluang mara ke pusingan seterusnya.

Baca Juga:

Arif Aiman Sudah Sedia Beraksi Di Jepun?

Sudah sekian lama ramai pihak khususnya peminat menggesa agar pemain berusia 22 tahun itu beraksi di luar negara dan menjadikan Liga Jepun sebagai destinasi seterusnya.

Menurut seorang pemerhati yang selalu membawa perkembangan mengenai bola sepak Jepun di laman X iaitu Ahmad Ridzuan, ada beberapa faktor yang perlu dilihat sekiranya Arif mahu beraksi di Liga Jepun.

Pertama, meskipun graduan Akademi Mohktar Dahari (AMD) itu menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan ACL Elite, namun persekitaran yang berbeza setiap minggu bakal menjadi cabaran bagi pemain itu.

Arif Aiman
Sumber Gambar: JST

Tugas Berat Arif Aiman

Selain itu, Arif juga bakal memikul tugasan berat yang mana beliau perlu memecahkan dinding kepercayaan orang Jepun terhadap pemain Malaysia yang mana gagal dilakukan oleh pemain sebelum ini.

Sekiranya Arif berjaya, maka beliau akan menjadi pembuka jalan kepada pemain lain untuk beraksi di salah satu liga terbaik Asia itu.

Akan tetapi, sekiranya tidak berjaya, maka Malaysia perlu menghasilkan pemain yang jauh lebih bagus berbanding Arif sekiranya mahu dihantar beraksi di luar negara.

Arif Aiman
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Sebelum ini, salah satu podcast bola sepak dari Scotland iaitu The Rangers Journal percaya Arif mampu untuk menyinar sekiranya beraksi di Eropah.

“Arif Aiman ​​adalah pemain sayap pantas yang penuh dengan kelajuan, ketangkasan, kemahiran dan pergerakan yang hebat dari bola.

“Perkara pertama apabila Aiman ​​menerima bola adalah untuk menyerang pertahanan tetapi dia juga telah menambah sentuhan penamat klinikal sama ada dengan menjaringkan atau membantu/mencipta peluang untuk rakan sepasukan.

“Aiman ​​mungkin bukan yang paling hebat tetapi ia tidak menghalangnya daripada terperangkap. Beliau boleh meningkat sedikit dari segi pertahanan tetapi dia juga seorang pemain yang baik dalam memberi tekanan dan kebanyakannya di kawasan hadapan.

“Arif Aiman ​​adalah ancaman besar pada kawasan ke-3 terakhir dengan pertahanan takut dengan rentak dan kemahirannya sambil menggelecek yang mewujudkan banyak ruang untuknya.

“Larian ke belakang adalah sebahagian besar permainan Aiman terutamanya dengan rentak dan masanya yang tepat telah menyukarkan pertahanan untuk menyainginya.

“Sejak beberapa musim lalu Aiman ​​benar-benar meningkatkan kualiti bola terakhirnya sekali gus memberikannya pakej serangan yang lengkap,” tulis laman tersebut.