Robert Downey Jr. akan kembali ke dunia Marvel sebagai Doctor Victor Von Doom dalam filem terbaru “Avengers: Doomsday.”

Menurut The Wrap, pengumuman mengejutkan ini dibuat Marvel’s Hall H semasa Comic-Con pada hari Sabtu.

Russo Brothers, yang terkenal mengarah filem-filem ikonik seperti “Captain America: Civil War,” “Avengers: Infinity War,” dan “Avengers: Endgame,” akan kembali mengarahkan “Avengers: Doomsday” serta sekuel “Avengers: Secret Wars.”

Semasa memperkenalkan Robert Downey di Comic-Con, Joe dan Anthony Russo menekankan pentingnya watak Doctor Doom untuk “Secret Wars.”

Joe Russo berkata, “Terdapat satu watak yang sangat penting untuk memberi keadilan kepada ‘Secret Wars’… mungkin watak paling penting dalam seluruh alam semesta Marvel.”

Beliau menambah, “Jika kita ingin membawa Victor Von Doom ke pawagam di seluruh dunia, kita memerlukan pelakon terbaik di dunia untuk memainkan watak itu.”

Selepas membuat pengumuman terbabit, sekumpulan lelaki dengan jubah dan topeng Doctor Doom naik ke pentas, dan Rober Downey akhirnya mendedahkan dirinya.

Dengan nada yang jenaka, beliau berkata, “Topeng baru, tugas sama. Apa yang boleh saya katakan, saya benci memainkan watak yang rumit.”

Kepulangan Robert Downey ke Marvel datang selepas beliau memenangi Oscar pertamanya untuk peranan dalam filem Christopher Nolan tahun 2023, “Oppenheimer.”

Sebelum ini, beliau telah mengucapkan selamat tinggal kepada watak Tony Stark selepas lebih sedekad memegang MCU dalam “Avengers: Endgame,” di mana Tony mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan dunia.

Namun, Tony Stark yang dimainkannya masih mati dalam garis masa asal.

Watak Doctor Doom yang dilakonkan Robert Downey dalam “Doomsday” dijangka adalah varian lain – versi alternatif Tony Stark dari alam semesta lain yang memilih jalan hidup yang sangat berbeza.

“Avengers: Doomsday” dijadualkan bertemu penonton pada 1 Mei 2026.