Baru baru ini, Universiti Malaya mengumumkan Iz Emir, remaja berusia 12 tahun, sebagai pelajar yang mencipta sejarah menjadi mahasiswa termuda dalam sejarah mereka.

Ianya adalah sejarah buat Universiti Malaya dan dunia pendidikan di Malaysia.

Budak genius, Iz Emir sedang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Malaya. Iz Emir sebelum ini belajar di Tingkatan 1 di Permata Pintar, UKM. Dan kemudian melanjutkan O Level pada usia 8 tahun serta A Level pada usia 11 tahun.

Datin Seri Rosmah Mansor akui bangga dengan kejayaan Iz Emir dan mendakwa bahawa ianya adalah bukti Program Permata Pintar di bawah kendaliannya adalah berjaya.

Dalam statusnya di Facebook, isteri kepada bekas perdana menteri itu berkata:

“Saya sangat bangga hari ini, dan dia saya anggap seperti anak saya sendiri.

“Bertahun-tahun yang lalu, kanak-kanak ini memukau saya dengan kecemerlangannya ketika pertama kali bertemu dengannya di Permata Pintar.

“Iz, dan beberapa orang lain yang menghadiri Permata Pintar, adalah sebab mengapa kami menubuhkan pusat itu, direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan individu dan setelah melihat bagaimana pusat seperti ini di bahagian lain dunia beroperasi.

“Dan kemudian Iz ada pensijilan oleh John Hopkins. Hari ini, hati saya kembali berbangga apabila beliau menjadi pelajar termuda yang didaftarkan sepanjang sejarah Universiti Malaya sejak penubuhannya pada 1962.

“Iz Emir baru berusia 12 tahun dan hari ini dia akan mengikuti tahun pertama Sarjana Muda Sains dalam Matematik. Semasa berumur 6 tahun, beliau berada di Tingkatan 1 Permata Pintar, UKM. 8 tahun – Tahap O. A-Level – 11 tahun. Sejarah tercipta. Alhamdulillah.

“Teruskan mengorak langkah, Iz. Semoga Allah memberkati perjalanan anda. Aamiin.”

Di ruangan komen ramai yang memuji Rosmah Mansor dalam membantu pelajar genius. Kemudian tak lupa juga yang memuji usaha Rosmah Mansor yang menubuhkan Permata Kurnia yang dianggap sekolah terbaik untuk pelajar autistik.