Seperti ramai maklum, mendiami di rumah flat sememangnya menghadkan pemilik atau penyewa rumah untuk menggunakan ruangan serta tanah luar rumah.

Penggunaan ruangan luar rumah secara tidak langsung akan menggangu tempat parkir atau laluan penghuni sesebuah rumah flat berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang penghuni rumah jenis flat ini memilih meletak sebuah pondok besar berdekatan rumahnya.

@aazrie

Hantaq baliikkk #wardentrafikmbsp #enforcementmbsp

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Menerima laporan daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai, pondok ini telah dirobohkan menggunakan jentera berat berikutan pelanggaran undang-undang yang ditetapkan.

Meskipun dirobohkan, para netizen rata-rata meluahkan rasa puas serta memaklumkan turut pernah mengalami situasi yang sama. Isu melibatkan sudah ‘cop’ parkir sendiri serta pertambahan rumah antara yang tidak dapat dielakkan apabila mendiami di rumah flat.

Sumber: Tiktok @aazrie
Sumber: Tiktok @aazrie

Tidak kurang juga yang memaklumkan golongan agamawan perlu berdakwah dengan lebih banyak lagi bagi menyedarkan segelintir pihak yang dengan tanpa rasa bersalah mengambil hak orang lain tanpa sedar.