Setelah lama beroperasi, Apple UK bakal berpindah ke Battersea Power Station. Salah satu bangunan iconic London yang bakal dibangunkan semula untuk dijadikan antara bangunan yang termaju menempatkan syarikat-syarikat besar.
Perpindahan Syarikat Apple dijangkakan bakal menjadi ‘trendsetter’ buat syarikat-syarikat teknologi yang lain untuk ikut sama berpindah sekaligus menjadikan nilai komesial bangunan sekitar London Battersea Power Station meningkat.
Membangunkan Battersea Power Station ini bakal menelan belanja sebanyak $16.5 billion USD (~RM69.5 billion). Dikatakan membangunkan semula projek mega ini bakal membuatkan Battersea Power Station sebagai yang projek termahal pernah dibangunkan di London.
Menggunakan konsep ‘vintage’, bangunan ini tidak dibina secara meninggi sebaliknya hanya mempunyai 6 tingkat. Walaubagaimanpun, dengan keluasaan 500,000 kaki persegi pastinya cukup untuk menampung pelbagai projek R & D yang diperlukan oleh syarikat-syarikat besar.

Lebih membanggakan S P Setia dan Sime Darby diberikan kepercayaan untuk membangunkan condominium mewah, mall, dan pejabat sekitar London Battersea Power Station.
Berikut merupakan antara lakaran awal apabila London Battersea Power Station siap dibina menjelang 2021 ini: