Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menyarankan agar kerajaan negeri Sabah dapat memperkenalkan Kad Pengenalan Sabah khas untuk warganegara Malaysia yang berasal dari negeri itu.

Memetik I Love Borneo, langkah itu dapat membezakan anak jati Malaysia Sabah, serta menghalang penyalahgunaan dokumen MyKad oleh individu yang bukan warganegara atau yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan negeri berkenaan.

Baca Juga:

“Tiada keperluan untuk terus berpusing dalam isu ini. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin telah pun membuat laporan dan syor pada tahun 2014. Fakta dan bukti telah pun ada,” kata beliau.

Tegasnya lagi, bahawa tiada apa dalam Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana akta berkaitan pendaftaran dan imigresen yang menghalang Sabah daripada mengeluarkan kad pengenalan negeri kepada rakyatnya sendiri.

Malah, katanya, Sabah, Sarawak dan Semenanjung memang ditakrifkan sebagai zon berasingan dari sudut perundangan.

Hanya Kerajaan Negeri Sabah sahaja tentukan siapa ‘Sabahan’
Sabah Disaran Perkenalkan Kad Pengenalan Khas Untuk Anak Jati Malaysia Sabah
Sumber Gambar: ILoveBorneo.com

“Kad Pengenalan Sabah ini tidak memberi kewarganegaraan kepada orang asing. Itu kekal di bawah bidang kuasa Persekutuan,” jelas beliau.

Memetik laporan itu lagi, mereka yang telah diberikan kewarganegaraan oleh kerajaan Malaysia kekal sebagai warganegara, namun itu tidak menjadikan mereka ‘Sabahan’.

Hanya kerajaan Sabah yang patut menentukan siapa layak menerima Kad Pengenalan Sabah berdasarkan hubungan yang kukuh dengan negeri itu.

Sumber