Kebanyakkan penduduk di sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja kerana ia jauh lebih jimat dan untuk elak menempuh kesesakan lalu lintas.

Baru-baru ini seorang TikToker @borainkl yang berasal dari Korea meluahkan rasa kagum apa melihat pengguna mass rapid transit (MRT) nampak tenang ketika beratur dalam barisan menunggu tren.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sebagai seorang Korea, saya sangat kagum melihat rakyat Malaysia sangat penyabar dan bertolak-ansur (ketika menunggu MRT).

“Tiada tolak-menolak dan menghormati ruang antara satu sama lain,” kata TikToker Korea itu.

@borainkl

Rush hour in MRT! Impressed by Malysian people #borainkl #kl #klexpat #mrt #mrtride #rushhour #fyp

♬ If We Ever Broke Up – Mae Stephens

Netizen yang menonton video itu menyatakan sikap bertolak ansur itu memang sudah sebati dalam masyarat Malaysia. Jadi tiada masalah untuk semua orang beratur dalam keadaan senyap sementara menunggu giliran masing-masing untuk masuk ke dalam tren.

Ada juga yang berseloroh nanti lihatlah bagaimana sabarnya orang ramai menempuh kesesakan lalu-lintas yang lama untuk pulang ke kampung halaman sempena hari raya tidak lama lagi.

Sumber Gambar: TikTok @borainkl
Sumber Gambar: TikTok @borainkl

Seorang pengguna TikTok yang lain pula menyatakan dia pernah membawa rakan dari Itali berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Lelaki Itali itu berasa kagum apabila melihat walaupun ramai pengguna jalan raya tersekat dalam kesesakan lalu lintas, namun tiada siapa pun membunyikan hon secara sebarangan.

Gadis Korea itu mengakui ketika orang ramai menggunakan perkhidmatan tren ketika waktu puncak, pasti ada berlaku segelintir pengguna yang mengalami sesak nafas. Namun, perkara itu tidak berlaku di sini, ini membuatkan dia berasa sangat senang dan bersyukur ketika berada di Malaysia.

Sumber Gambar: TikTok @borainkl
Sumber Gambar: TikTok @borainkl
Sumber Gambar: TikTok @borainkl

Sementara itu dalam perkembangan MRT terbaharu, laluan Putrajaya kini sudah mula beroperasi secara percuma sehingga 31 Mac ini. Orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang untuk menjadi orang terawal semasa perasmiannya semalam.

Difahamkan pembukaan penuh laluan Putrajaya membolehkan laluan MRT ini melalui 36 buah stesen sepanjang 56 kilomteter dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral dan mempunyai kaedah pembayaran Apple Pay.