Seorang gadis meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas membaca salah komen kutukan yang ditinggalkan penonton live TikTok.
Menerusi hantaran TikTok @rinadg4f, dia terkejut selepas melihat satu komen memperlekehkan dirinya yang menjual ayam goreng, walaupun sering kali melihat dirinya cantik melawa di universiti.
Baca Juga:
- Lelaki Tempatan Gembira Dengar Respons Gadis Rusia Mahu Bakal Suami Bergaji RM2,300
- ‘Orang Malaysia Makan Ikan Jerung Ke?’ – Gadis Jepun
- ‘Nasi Lemak RM3 Terlalu Mahal’ – Mak Cik Tak Dapat Diskaun Tegur Gadis Ini Meniaga Tak Ikhlas
“Dekat universiti bukan main pakai style, model sana-sini walhal jual ayam saja,” komen seorang penonton live TikTok gadis tersebut.
@rinadg4f bersyukur walaupun berniaga ayam since sekolah rendah smpai degree ni, ulang alik dari uitm balik rumah untuk tolong family, mybe awak takrasa apa yang saya rasa, awak nampak yang saya post melawa je kan tp awak tkthu apa yg saya lalui 😇, untuk awak yang ckp tu terima kasih la ye cakap mcm tu semoga awak maju jaya dari penjual ayam ni 😇🥰
Gadis itu mempersoalkan adakah ia jadi satu kesalahan jika dia melawa pergi ke kelas seperti rakan-rakannya yang lain.
“Salah ke saya nak melawa pakai cantik-cantik sebagai pelajar sebab ramai kawan saya yang lain pakai cantik, walaupun saya jual ayam?
“Hina ke saya nak buat semua itu untuk diri saya sebagai penjual ayam?
“Saya tak pernah malu dan saya gembira dapat bantu keluarga saya cari rezeki yang halal,” ujar gadis berkenaan.
Jelas gadis itu lagi, sekiranya warganet tidak ada komen yang membina, tidak perlulah tinggalkan komen yang membuatkan orang menjadi patah semangat.




Hantaran video itu mendapat lebih 2.5 juta tontonan, serta lebih 6,000 komen.
Ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat supaya gadis itu tidak mengendahkan sebarang kata-kata negatif yang boleh menjatuhkan diri sendiri.
Lebih mengejutkan ramai apabila selebriti muda, Meerqeen turut memberikan kata-kata semangat kepada gadis itu.
“Tutup telinga. Kekuatan/kelemahan awak, awak seorang sahaja yang tahu. Jalan terus!” petik komen yang dikongsikan Meerqeen.