Pengurus West Ham United, Julen Lopetegui menerima kekalahan 0-5 di tangan Liverpool dengan terbuka. Dan dia memuji impak Mohamed Salah sebagai luar biasa.
Bukan itu sahaja, pengurus asal Sepanyol itu melabel Mohamed Salah adalah pemain terbaik di dunia pada ketika ini.
Mohamed Salah menjaringkan gol ke-17 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dan mencatatkan 2 assist dalam perlawanan ini untuk menjadikannya 13 assist dalam masa yang sama.
Liverpool menang besar ke atas West Ham, dan menguatkan lagi peluang mereka dalam persaingan kejuaraan musim ini.
Lopetegui berkata: “Mohamed Salah, pada ketika ini adalah pemain terbaik di EPL, dia juga pemain terbaik di dunia pada masa ini.
Defeat at London Stadium. pic.twitter.com/Pa8FUL2LgV
— West Ham United (@WestHam) December 29, 2024
“Kita bercakap tentang pasukan terbaik di dalam Liga Perdana Inggeris dan salah satu pasukan terbaik di dunia.
“Kami sudah kehilangan perlawanan ini pada separuh masa pertama lagi. Ini perlawanan sangat sukar untuk kami.”
Mohamed Salah ketika ini menjadi pemimpin dalam carta gol dan assist untuk EPL. Dan menjadi pemain EPL pertama mencatatkan gol dan assist dalam 8 perlawanan EPL musim ini.
Cuma kerisauan peminat Liverpool adalah situasi kontrak pemain itu. Di mana Mo Salah masih belum melanjutkan kontrak baharunya di Anfield.
Salah menegaskan bahawa dia tiada kuasa untuk menentukan kontrak tersebut. Dan menyatakan dia mahu terus kekal di Anfield.