Pada akhir April lalu, Affin Bank telah melancarkan akaun Affin Kenyalang Saving Account-i yang dikhaskan untuk negeri Sarawak.

Akaun baharu itu hanya boleh dibuka oleh rakyat Sarawak yang mempunyai huruf ‘K’ pada MyKad mereka.

Baca Juga:

Kad berwarna hitam itu dihiasi dengan gambar Burung Kenyalang pada bahagian latar belakangnya.

Bagaimanapun perkara itu telah menimbulkan kritikan apabila imej Burung Kenyang yang digunakan itu bukanlah spesies yang ada di Sarawak, lapor Free Malaysia Today.

Salah Spesies Burung Kenyalang Pada Kad Debit Sarawak, Affin Bank Digesa Minta Maaf
Sumber Gambar: Facebook Violet Yong 杨薇讳
Burung Kenyalang di Sarawak istimewa

Menurut Adun Pending, Violet Yong berkata Burung Kenyalang pada kad itu adalah spesies Great Hornbill.

Sementara Burung Kenyalang yang ada di Sarawak adalah jenis ‘Enggang Badak’.

“Bagaimana Affin Bank guna identiti salah mewakili Sarawak? Enggang Sarawak mempunyai tengkuk berwarna hitam, manakala yang terdapat pada kad berwarna putih, mengesahkan ia adalah spesies salah,” katanya menurut Borneo Post.

Katanya lagi, kesalahan itu tidak wajar dilakukan oleh Affin Bank. Ini kerana kerajaan Sarawak menjadi pemegang saham majoriti, baru-baru ini.

Pada masa sama beliau menyeru pihak bank untuk memanggil semula kad tersebut, kemudian mengganti kad baharu yang memaparkan spesies Burung Kenyalang yang betul.