Akhirnya saat yang dinanti-nantikan telah tiba, Genting SkyWorlds telah dibuka kepada orang awam. Setelah lama menanti, kini anda boleh terjah taman tema ‘outdoor’ yang telah siap dibina.

Terbaharu, ramai yang berkongsi suasana di taman tema ‘outdoor’ tersebut dan masuk adalah percuma sehingga 2 Januari 2022. Malah, sempena Hari Krismas, anda akan dapat merasai seperti berada di negara 4 musim kerana terdapat salji buatan.

@pedzulkefli

Central Park Genting jurrrr #fyp #fyl #gentinghighlands

♬ original sound – Hazwan Faiz – Hazwan

@kayu16_

CEPAT KORANG MAI GENTING ADE SALJI BUATAN NIEHH!!! #fyp #fyptakni #fypdongggggggg #masukberanda #foryoupage #Winterwanderland #GentingHighlands

♬ All Night – Icona Pop

Untuk pengetahuan anda, ia dibuka setiap hari pada jam 4 petang sehingga tengah malam dan kini boleh dikatakan ramai orang sudah berpusu-pusu ke Genting SkyWorlds.

Bagi anda yang berpeluang ke Genting Skyworlds, bolehlah ke sini untuk merasai pengalaman menarik ini. Akan tetapi, sila patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, lihat rekaan Genting Skyworlds pada pautan di bawah ini.

Genting Skyworlds Dedahkan Rekaan Sebenar Taman Tema Luar Yang Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi

Rasai 5 Pengalaman Berbeza Di SkyVR Genting Highlands Sesuai Buat Seisi Keluarga

Pacak Khemah Dan Lepak Di ‘Parking Lot’, Trend Terbaru Di Genting Highlands Ini Buat Netizen Berang