13 Disember lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan berangkat ke Doha, Qatar bagi mengadakan lawatan khas selama enam hari.
Lawatan khas itu merupakan atas undangan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, sempena temasya bola sepak yang berlangsung di negara tersebut.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Di sebalik lawatan kerja yang berlangsung, tular sebuah perkongsian di Instagram apabila @nusr_et atau lebih dikenali sebagai Salt Bae tampil berkongsi kenangan indah di Doha di mana beliau sempat bergambar bersama Yang di-Pertuan Agong.
“Saya sayang kamu semua lebih daripada bola sepak”, jelas Salt Bae menerusi caption Instagram beliau.
Lebih menarik, gambar tersebut yang dikongsikan turut memperlihatkan Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino. Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Sheikh Jassim yang merupakan Perdana Menteri Qatar.
Untuk pengetahuan, Seri Paduka merupakan Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA dari tahun 2015 hingga 2019. Seri Paduka dijadual berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember 2022.