Berikutan pelancaran Samsung Galaxy Note 9 baru-baru ini, nampaknya model flagship Samsung sebelum ini iaitu Galaxy Note 8 telah menerima penurunan harga yang agak banyak.
Melalui laman jualan Lazada, Samsung Galaxy Note 8 kini telah mula ditawarkan pada harga RM2,489. Untuk pengetahuan anda, model ini mula dilancarkan setahun lalu dengan tanda harga RM3,999.
Menyoal dari segi adakah berbaloi untuk dimiliki, Samsung Galaxy Note 8 masih lagi telefon pintar Android yang hebat pada ketika ini. Penyediaan stylus serta pernah menjadi telefon pintar dengan skrin terbaik antara yang membuatkan Galaxy Note 8 releven untuk dimiliki.
Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 8, anda boleh mendapatkannya dengan klik di sini.