Samsung sememangnya konsisten dalam mengeluarkan siri telefon pintar yang mempunyai peminat yang tersendiri. Galaxy S Series dan Galaxy Z Series yang muncul sebagai telefon pintar flagship bagi jenama ini masing-masing berjaya menawarkan keunikan yang tersendiri.

Dalam pada itu, kami yakin kebanyakan pengguna telefon pintar sekadar mahukan sebuah telefon pintar yang mampu menjalankan kesemua operasi atau fungsi dengan lancar tanpa mahu berbelanja besar mendapatkannya.

Di situlah siri Galaxy FE mendapat tempat di kalangan pengguna. Terbaharu, jenama ini tampil lagi dengan model terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S23 FE. Mengekalkan ‘resipi’ yang sama, ini sebabnya model ini wajar jadi pilihan pengguna yang mahukan telefon pintar yang berbaloi dan boleh digunakan untuk tempoh yang panjang.

Rekaan yang bergaya dan evergreen

Sekiranya anda lama mengikuti perkembangan telefon pintar Samsung, pastinya anda cukup tahu jenama ini sememangnya konsisten menawarkan rekaan yang moden, simple namun memukau untuk kegunaan pengguna.

Pada kali ini, Samsung sekali lagi mengulangi kejayaan yang sama pada Samsung Galaxy S23 FE yang hadir dengan warna Mint, Ungu, Graphite dan juga Cream.

Selain itu, model ini turut mempunyai ketahanan air dan debu IP68 yang sekaligus membuatkan model ini tahan lebih lasak. Soal rekaan kamera, model ini tampil dengan rekaan yang sama seakan Siri S yang lain menerusi penyertaan tiga kamera yang disusun secara menegak.

Penggunaan body aluminium beserta kaca Corning Corilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang secara tidak langsung membangkitkan lagi sisi premium model ini.

Dilengkapi kamera Nightography seakan telefon pintar flagship

Hadir dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding telefon pintar flagship, siapa sangka pihak Samsung nampaknya tidak mengabaikan aspek kualiti kamera pada model ini.

Samsung Galaxy S23 FE berjaya dilengkapkan dengan fungsi professional seperti Single Take, Pro Mode, dan Director View.

Dari segi spesifikasi, model ini ditawarkan dengan kamera utama dengan sensor 50-megapixel manakala kamera kedua hadir dengan sensor 8-megapixel beserta 3x zoom optikal. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan sensor 10-megapixel Dual Pixel beserta sokongan potrait mode pada waktu malam dan video.

Sokongan video 8K 24fps dan 4K 60fps antara yang ditawarkan dalam menawarkan kualiti video yang jelas. Oh ya, model ini juga turut disertakan dengan sokongan Optical Image Stabilization (OIS) dalam membolehkan rakaman dibuat tanpa gegaran.

Boleh dijadikan sebagai peranti ‘gaming’

Sebuah lagi ciri yang unik tersedia bagi model Samsung Galaxy S23 FE ini adalah sokongan refresh rate sehingga 120Hz. Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan fungsi Ray Tracing seperti War Thunder Mobile dalam membantu meningkatkan visual permainan.

Berbincang mengenai cip yang digunakan, model ini ditawarkan dengan cip Exynox 2200 beserta sokongan penyejukan Vapor Chamber yang 3.9x lebih besar berbanding sebelum ini. Dalam erti kata lain, isu peranti menjadi panas sewaktu bermain game dapat dikurangkan sekaligus memastikan prestasi dapat dikekalkan dalam tempoh yang panjang.

Penawaran fungsi yang boleh dikatakan ‘underrated’ bagi pendapat kami ini jelas membuatkan model ini tampil lebih berbaloi serta memenuhi kehendak sejumlah besar pengguna. Pastinya tiada lagi isu melibatkan grafik apabila bermain game pada peranti ini.

Vision Booster turut disertakan pada model ini dalam membolehkan pengguna dapat melihat skrin Samsung Galaxy S23 FE dengan mudah meskipun sewaktu matahari terik.

Ekosistem Samsung yang memudahkan pengguna

Seperti telefon pintar flagship Samsung yang lain, Samsung Galaxy S23 FE turut boleh dipautkan dengan peranti Samsung yang lain seperti ke tablet daripada Samsung dan sebagainya.

Selain itu, sokongan Samsung Dex turut membolehkan pengguna menyambung Samsung Galaxy S23 FE secara wireless kepada Samsung Galaxy Tab S9 FE dan juga Smart TV. Menarik bukan?

One UI 5.1 berasaskan Android yang lebih memudahkan dan smooth pastinya membuatkan para pengguna selesa untuk menggunakan peranti ini dalam tempoh jangka masa yang panjang sekaligus meningkatkan produktiviti.

Harga yang berbaloi

Mengulas mengenai harga yang menjadi fokus utama bagi model ini, Samsung Galaxy S23 FE boleh didapatkan dengan harga serendah RM2,999 sahaja bagi model 128GB manakala model dengan ruang storan 256GB hanyalah RM3,299.

Sebuah harga yang berbaloi memandangkan model ini berjaya menawarkan sejumlah besar fungsi yang tersedia pada telefon pintar flagship Samsung namun hadir dengan harga yang jauh lebih rendah.

Menariknya, untuk masa terdekat ini para pembeli boleh mendapatkan model Samsung Galaxy S23 FE dengan harga serendah RM1,699 selepas ditolak rebat yang tersedia.

Promosi hebat yang ditawarkan terdiri daripada rebat #GalaxyTroop berjumlah RM500, peningkatan storan sekali ganda berjumlah RM300 dan juga rebat trade-in sehingga RM800. Serius berbaloi!

Pembelian Samsung Galaxy S23 FE dengan harga berbaloi serta rebat tinggi ini sedia untuk ditawarkan sehingga 31 Disember 2023 ini. Sertai #GalaxyTroop dengan klik di sini untuk mengetahui langkah-langkah untuk mendapatkan rebat sehingga RM500.

Selain itu, para pembeli boleh mendapatkan diskaun terpilih sehingga 30% untuk Samsung Care+ serta aksesori serta peranti terpilih termasuk Galaxy Buds. Anda berpeluang untuk mendapatkan Samsung Galaxy S23 FE secara dalam talian dengan klik di sini.