Sudah hampir sedekad Apple dan Samsung menjadi musuh di dalam industri telefon pintar. Di dalam sedekad ini, sudah banyak troll yang dihasilkan pihak luar dalam melagakan perseturuan dua jenama ini.
Jika sebelum ini, Samsung pernah mengeluarkan sebuah siri di YouTube dimana mereka memperlekehkan kemampuan iPhone, nampaknya tindakan mereka seolah karma apabila pihak Samsung Nigeria secara tidak sengaja mempromosikan Galaxy Note 9 dengan menggunakan Apple iPhone.
Might as well add "Twitter police" to my bio at this point 🤦♂️ pic.twitter.com/DRlrXl7bak
— Marques Brownlee (@MKBHD) December 2, 2018
Tindakan ini sekaligus berjaya dikesan oleh YouTuber terkenal iaitu MKBHD apabila Samsung mempromosikannya di Twitter.
Untuk pengetahuan anda, masalah melibatkan kesilapan seperti ini bukan sahaja berlaku di negara luar. Sebelum ini, Celcom pernah ‘mempromosikan’ telco U-Mobile didalam iklan mereka.