Nampaknya ura-ura Samsung untuk memperkenalkan warna hitam kilat benar-benar berlaku. Pihak Samsung telah memilih telefon flagship mereka pada tahun lepas iaitu Samsung Galaxy S7 Edge untuk dipandankan dengan warna ‘Black Pearl’.

Samsung Umumkan Storan Lebih Besar Dan Warna Hitam Kilat Khas Buat S7 Edge

Hasrat Samsung untuk melancarkan warna hitam kilat adalah berikutan warna tersebut tidak hadir sebelum ini buat Galaxy S7. Berikutan kegagalan Note 7, Samsung telah memilih untuk memperkenalkan warna ‘Coral Blue’ dan ‘Black Pearl’ pada model Galaxy S7 Edge.

Di samping pengumuman warna terbaru, Samsung turut memperkenalkan ruang storan 128 GB untuk model ini. Dilengkapkan dengan kamera 12-megapixel dan dual-flash, model ini telah dipilih sebagai salah satu smartphone dengan kamera terbaik sepanjang 2016. Samsung Galaxy S7 Edge Black Pearl ini bakal mula dijual dengan harga RM3,399.

Samsung Umumkan Storan Lebih Besar Dan Warna Hitam Kilat Khas Buat S7 Edge

Selain model Samsung Galaxy S7 Edge terbaru, Pihak Samsung turut memperkenalkan Samsung Galaxy Note 5 dengan ruang storan yang lebih besar iaitu 64 GB.

Langkah yang agak releven daripada Samsung memandangkan Samsung Galaxy Note 8 tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Model ini bakal mula dijual dengan harga permulaan RM2,399 di Samsung Store berdekatan anda.