Menyebut mengenai jenama Samsung dan Supreme mungkin ramai yang cukup kenal. Samsung merupakan jenama yang popular di dalam arena telefon pintar manakala Supreme pula berjaya merupakan jenama streetwear yang popular.
Menerusi kolaborasi terbaru, Samsung telah mengumumkan kerjasama dimana mereka bakal berkolaborasi persama ‘Supreme’. Ironinya, kerjasama ini dibuat bersama jenama Supreme palsu yang turut menggunakan jenama dan logo yang sama serta diluar daripada pengetahuan jenama Supreme yang asal.
Melihat kepada kepincangan yang berlaku, pihak pengarah urusan Samsung China telah mengumumkan kerjasama bersama Supreme Italia selaku jenama Supreme yang tidak asli dipilih berikutan permintaannya yang tinggi di China. Berbeza sekali berbanding Supreme NYC yang gagal memasuki pasaran China serta tidak mempunyai permintaan yang tinggi di negara tersebut.
Mengulas lanjut mengenai kerjasama ini, pengarah urusan Supreme Italia turut mengumumkan hasrat untuk membuka cawangan Supreme Italia di China yang meliputi bangunan tujuh tingkat di Sanlitun, Beijing.
Setakat ini, pihak Supreme NYC masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kerjasama Samsung yang dibuat oleh Supreme Italia. Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali jenama streetwear mewah ini gagal di mahkamah. Sebelum ini Supreme turut menerima nasib yang hampir sama di Itali.