Salah satu tajuk permainan AAA yang dinantikan oleh peminat global iaitu Assasin’s Creed Shadow sudahpun dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

Bagaimanapun, permainan video Assasin’s Creed Shadow mendapat kritikan teruk daripada peminat malahan kerajaan Jepun sendiri gara-gara beberapa aspek permainan yang dilihat sudah melanggar sentimen budaya serta cuba memasukkan doktrin hubungan sejenis menerusinya.

Tidak minta izin untuk gunakan lokasi bersejarah

samurai
Sumber Gambar: Timeout

Memetik MYGAMEON, Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba telah menyusulkan perkara ini di parlimen Jepun.

Beliau turut membangkitkan persoalan tentang cara menangani isu seperti Assassin’s Creed Shadows, yang didakwa menggunakan banyak tapak bersejarah di Jepun tanpa izin.

Boleh hancurkan tempat keagamaan

Sedikit maklumat ringkat berkaitan permainan ini, Assassin’s Creed Shadows, yang berlatar belakangkan zaman feudal Jepun, bagaimanapun, ia mencetuskan kontroversi kerana membenarkan pemain menghancurkan tapak keagamaan.

Menurut Kerajaan Jepun, kebenaran diperlukan bagi sesiapa sahaja yang ingin menggunakan lokasi sebenar di Jepun, khususnya tapak-tapak keagamaan.

Hiroyuki Kada, ahli Parlimen Jepun, menimbulkan persoalan mengenai penggunaan tokong dalam permainan Ubisoft, selepas perbincangannya dengan pihak agama mendapati tiada kebenaran diberikan.

“Sebagai contoh, jika sesuatu tempat atau benda itu dihormati dan dihargai selepas sekian lama – seperti Notre Dame di Perancis atau Al-Quran untuk orang Islam. Menunjukkan sesuatu klip dimana dua perkara ini tidak dihormati akan membuat ramai orang tidak senang.” ujar Hiroyuki Kada ahli House of Coucillors of Japan.

samurai
Sumber Gambar: Tech radar

Oleh itu, Perdana Menteri menyatakan yang beliau akan mengambil tindakan undang-undang dengan kerjasama badan kerajaan yang berkaitan untuk Assasin’s Creed Shadows.

Masukkan unsur LGBT

Tidak cukup sekadar itu, pihak pembangun juga dilihat bersungguh-sungguh mahu memasukkan agenda ‘Woke’ dengan harapan ia bakal mendapat penerimaan dari segenap masyarakat dan fahaman .

Malah, mereka sanggup mengubah naratif karakter utama di dalam sejarah Jepun itu demi melariskan jualan mereka.

samurai
Sumber Gambar: Kintaro Publishing

Bagaimanapun, tindakan syarikat Ubisoft dilihat telah memakan diri apabila dikritik teruk oleh peminat di serata dunia.

Bagi mereka, hal ini sudah melanggar norma dan budaya Jepun yang cukup menjaga kehormatan dan mengamalkan hubungan normal iaitu lelaki dan wanita.

Di dalam permainan itu, karakter utama iaitu Yasuke, samurai berkulit hitam telah bercumbu dengan karakter lain dan juga ada pilihan karakter terma dengan they/them dan seumpamanya seolah-olah cubaan membiasakan terma di dalam kalangan pemain.

Akibatnya, ramai memilih untuk tidak membeli permainan tersebut sekaligus menjadi pernyataan yang jelas sebagai protes terhadap agenda Woke yang cuba diterapkan menerusinya.