Sedia maklum, ketika ini beberapa kawasan telah dilanda bencana banjir. Malah, beberapa hari yang lalu juga tular mangsa banjir terpaksa pecah masuk kedai serbaneka demi mencari makanan.

Terbaharu, pengguna Twitter @patiqahpott telah berkongsi kisahnya ketika berdepan bencana banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Menerusi video yang dikongsinya, dia bersama rakan tersangkut dalam rumah dan kelaparan disebabkan bantuan tidak tiba kepada mereka.

Menjadi perhatian ramai apabila jirannya warga Myanmar bertindak menawarkan makanan kepada mereka dan juga bertanya jika memerlukan mi segera kerana mahu membeli makanan dengan berenang dalam banjir.

Bukan itu sahaja, jirannya itu turut meminjamkan dapur kepada mereka untuk memasak kerana mereka tidak sempat membawa naik dapur. Keprihatinan jiran mereka itu mencuri tumpuan ramai.

https://twitter.com/thestrayworld/status/1473466844853927937

Rata-rata netizen memuji tindakan jirannya yang sanggup membantu walaupun turut terkesan kerana banjir. Malah, para netizen turut berasa terharu kerana jirannya itu sanggup berenang ke rumah wanita tersebut untuk menghantar bekalan makanan dan juga dapur memasak.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan bencana banjir pada pautan di bawah ini.

‘Menyelamat Tanpa Henti, Cacian Yang Kami Terima’- Luahan Hati Anggota Bomba Selepas Dikritik Hebat Netizen

‘Ini Mencuri Namanya’- Netizen Kecewa Lihat Segelintir Individu Ambil Kesempatan Terhadap Mydin Mart

Status Halal Jadi Pertikaian Segelintir Netizen, Dr Zulkifli Jawab Isu Makan Masakan Gurdwara