Pada hari ini harga tiket konsert tidaklah semurah pada beberapa tahun yang lalu. Boleh dikatakan angka jualan termurah bermula daripada ratusan ringgit. Lebih-lebih jika artis itu datang dari luar negara.
Baru-baru ini seorang gadis menggunakan akaun Twitter @haetendori telah membuat satu pengakuan terbuka di mana dia sudah menipu sejumlah wang daripada beberapa individu.
Baca Juga:
- Penyiasat Australia Bersama SPRM Berjaya Tumpaskan Antara Sindiket ‘Scammer’ Terbesar Dunia
- Doktor ‘Scam’, Sanggup Reka Cerita Sedih Dakwa Isteri Dan Anak Meninggal Dunia Demi Konten
- Kena Bayar RM120 Untuk Gunting Rambut, Pelancong UK Kecewa Kena ‘Scam’ Dengan Warga Asing Di Bukit Bintang
Dalam ciapan tersebut, gadis itu mendedahkan dia telah mendapatkan kira-kira RM13,000 hasil penipuan terhadap beberapa individu yang dia kenal secara peribadi.
https://twitter.com/haetendori/status/1660495748759449602?s=20
Peminat k-pop tempatan yang melihat ciapan itu berasa marah dengan tindakan gadis tersebut. Lebih-lebih lagi dalam ciapannya tidak mengungkap sebarang perkataan ‘maaf’.
Bagi netizen yang lain, mereka berpendapat tindakan gadis itu sangat mensia-siakan masa mudanya. Jauh lagi perjalanan hidup, namun sudah terpalit dengan isu scam bernilai belasan ribu ringgit yang boleh menyebabkan tindakan mahkamah boleh dikenakan.
lesson for you dik, ukur baju di badan sendiri..xde duit nak pi concert, tak payah pergi..you can support your favs without scamming and robbed other people 🤦♀️ https://t.co/v26MfDahkG
— LNA 🇲🇾 (리나) (@Lina0508) May 23, 2023
Nauzubillah jauhkan lah aku dari orang macam ni. kau ni dah gila sebenarnya ni dik. scammer, pathological liar, gaslighting people by shifting the blame on ur parents and family and u fucked people’s experience. and u probably still thinks u could get away. https://t.co/ORfeOALucr
— anne 樂✰ (@skbinz) May 22, 2023
cant believe people would go thru shits like this for the sake of kpop men who dont even know u personally 😂 damn ure just 20 and u owe people GAJI MCD 5 TAHUN. serves u right gurl 👍 https://t.co/ZdvWUEZX1Q
— statye 樂☆ (@3kimandimdead) May 22, 2023
https://twitter.com/haetendori/status/1660495764634882049?s=20
Pada akhir ciapan itu, gadis itu memberi jaminan dia tidak akan melarikan diri dan akan cuba menyelesaikan semua hutangnya dalam tempoh 3 bulan.
Sekiranya dia gagal, gadis itu menyatakan kesanggupannya untuk dikenakan tindakan undang-undang.
https://twitter.com/haetendori/status/1660784109592133632?s=20
Gadis itu juga telah membuat keputusan untuk menghentikan minatnya dalam k-pop dan tidak mengambil bahagian dalam mana-mana acara atau fanbase daripada peminat.
“Saya telah menyelesaikan sebahagian wang mangsa saya. Juga di sini, saya akan memadam semua media sosial saya selepas saya berjaya membayar balik semua mangsa saya dan rakan-rakan saya ragu-ragu,” petik ciapan terbaharu dikongsikan gadis tersebut.